Isnin, 9 Jun 2014

Cara Mendaftar Instagram

LANGKAH 1:

Setelah anda mendaftar dan log masuk ke dalam panel admin, lihat pada menu sebelah kiri dan klik “Add New” seperti gambarajah di sebelah ini.

LANGKAH 2:

Anda akan dipaparkan dengan satu panel baru seperti di sebelah.



LANGKAH 3:

Anda perlu masukkan/mengisi “title” atau tajuk entry/artikel/penyertaan anda pada ruang yang telah disediakan seperti di sebelah.



LANGKAH 4:

Lihat ikon “Add Instagram” yang tertera pada menu yang terdapat seperti di bawah. Klik pada ikon tersebut.

LANGKAH 5:

Satu panel baru akan dipaparkan seperti di sebelah.






LANGKAH 6:

Pada pilihan “Option”, pilih “Single Instagram” sebagai pilihan anda seperti gambarajah di sebelah.

LANGKAH 7:

Buka halaman/akaun web Instagram anda. Pilih mana-mana gambar yang anda ingin hantar sebagai penyertaan seperti di sebelah.

LANGKAH 8:

Kemudian dapatkan pautan/URL pada ruang “Web Address”/”URL Address” seperti gambarajah di sebelah.

LANGKAH 9:

Salin URL tersebut dan buka kembali Panel Admin anda di Halaman Blog4FT. Masukkan URL tersebut ke ruang URL yang telah tersedia. Masukkan juga saiz gambar anda. Anda boleh menggunakan saiz maksimum 612 untuk paparan yang jelas. Lihat gambarajah di sebelah. Setelah semua ruang ditanda, klik butang “Insert”.

LANGKAH 10:

Anda akan kembali ke ruang panel sebelumnya. Anda boleh menulis entri/artikel mengenai gambar yang anda hantar seperti gambarajah di sebelah.



LANGKAH 11:

Lihat kotak panel “Categories” yang terletak disebelah kanan halaman web. Anda perlu tandakan pada kotak Imej untuk memastikan penyertaan anda diterima pakai oleh pihak penganjur. Sila rujuk gambarajah di sebelah.



LANGKAH 12:

Lihat kotak panel “Publish” yang terletak disebelah kanan web juga. Klik “Submit for Review” untuk menghantar penyertaan anda dan pihak penganjur akan melihat terlebih dahulu dan mengesahkan penyertaan anda sebelum dipaparkan pada halaman Blog4FT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan