Khamis, 14 Ogos 2014

Panduan Membuat Header Blog Sendiri

Ketahui Cara Membuat Header Blog Sendiri Melalui 2 Langkah Mudah

Bukan mustahil untuk anda mengubahsuai header blog anda sendiri. Tetapi, jika anda mengimpikan satu header yang kelihatan profesional, adalah agak mustahil untuk melakukannya sendiri. Melainkan anda memang seorang yang mahir dengan perisian grafik seperti Photoshop.
Lagi pun, perisian seperti Photoshop bukanlah sesuatu yang murah untuk dimiliki oleh individu.
Bagi kebanyakan kes, adalah lebih baik untuk anda menempahnya melalui pereka grafik yang berpengalaman.
3-niche-header-sample
Walaupun begitu, setiap header akan mempunyai harganya yang tersendiri bergantung kepada bentuk kerja rekaan yang perlu dilakukan. Jika anda memerlukan header yang berkualiti lebih tinggi dan rumit cara pembikinannya, maka sudah tentu harganya akan lebih mahal.
Tetapi, jika anda memerlukan hanya satu header yang ringkas, anda boleh cuba untuk melakukannya sendiri.
Artikel ini ditujukan kepada anda yang ingin mengetahui cara buat header blog sendiri. Namun begitu, sebelum anda membaca lebih lanjut, anda boleh juga merujuk artikel cara membuat blog ini untuk maklumat lanjut bagaimana mahu membuat dan mengubahsuai blog anda.
Sekiranya anda menggunakan platform seperti Blogger atau WordPress, adalah amat mudah untuk anda ubah gambar header anda. Ianya memadai dengan sekadar Log In ke akaun dan upload gambar yang dimahukan.
Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan wordpress (tertakluk kepada theme yang anda gunakan), log in ke dashboard anda terlebih dahulu. Kemudian upload gambar pilihan anda ke Apparance > Header. Anda kemudian boleh crop gambar tersebut dan gunakannya sebagai header.
Namun begitu, anda juga boleh membuat header custom anda sendiri lengkap beserta teksnya sekali. Cara ini akan merangkumi dari proses cropping gambar sehingga ke proses memasukkan teks ke gambar tersebut. Semua proses ini boleh dilakukan secara online menggunakan 2 jenis aplikasi percuma tanpa perlu membuka Photoshop atau apa-apa perisisan photo editing yang lain.
Anda boleh cuba 2 langkah berikut…

Langkah 1: Gunakan aplikasi untuk upload dan crop gambar

Pertama sekali, upload gambar pilihan anda ke http://www.picresize.com/. Sila pastikan saiz gambar ini perlulah lebih lebar dan tinggi dari saiz header laman web semasa anda.
Laman web PicResize.com menyediakan kemudahan crop gambar secara online
Sebagai pilihan anda juga boleh mencuba untuk upload dan crop gambar anda di website-website berikut:
Ikuti arahan yang diberikan pada setiap laman web di atas untuk crop gambar anda. Setelah selesai, anda boleh muat turun (download) hasilnya ke komputer anda.
Seterusnya, kita akan meletakkan teks pada gambar header yang telah anda crop tadi.

Langkah 2: Gunakan aplikasi untuk meletak teks pada header

Upload header anda ke http://www.phixr.com/. Di laman web ini anda boleh melakukan pelbagai modifikasi terhadap header anda selain dari sekadar meletakkan teks. Ikuti arahan yang diberikan di laman web tersebut.
Laman web Phixr.com menyediakan kemudahan editing gambar secara online
Sebagai alternatif, anda boleh mencuba aplikasi yang disediakan di website-website berikut ini pula:
Itu adalah 2 aplikasi yang boleh anda gunakan untuk untuk mengubahsuai header blog mengikut citarasa anda. Anda bebas untuk memuat turun hasilnya dan gunakannya pada blog atau laman web anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan