Jumaat, 23 November 2012

Berniaga Tanpa Modal Di Internet



Kebiasaannya  modal menjadi masalah besar bagi seseorang  yang ingin memulakan perniagaan.  Disebabkan tiada modal, ramai yang berputus asa untuk berniaga.  Bagaimana sekiranya anda berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mendapat pendapatan sampingan.  Tidak kiralah samada anda seorang pelajar, surirumah, pekerja sektor awam mahupun swasta atau sesiapa juga yang ingin berniaga produk fizikal tanpa modal di internet, anda boleh mengunakan kaedah perniagaan yang dinamakan DROPSHIP.
Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok.   Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper.  Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal.

Terdapat 4 tips bagaimana melakukan jualan dari konsep dropship.   Kebanyakan cara ini dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet.
1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan.   Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.
2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran.  Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang.  Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja.  Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.
3.  Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang hendak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing.  Kemudian selepas tentukan harga yang hendak  dijual pastikan ia memberikan keuntungan.  Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tidak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.
4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan.  Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan.  Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.

Namun begitu, perniagaan dropship ini amat bergantung kepada Dropship yang anda pilih.  Pastikan mereka benar-benar wujud, dan perkhidmatan yang diberikan adalah baik.  Ini kerana, sekiranya dropship yang anda pilih bermasalah seperti lewat hantar barang,  tidak pos barang seperti yang dipesan oleh pelanggan dan sebagainya.  Dengan kata lain, Dropship penipu….huh..Untuk makluman anda ada juga website dropshipper yang menipu, jadi berhati-hati memilih dropshipper.  Cuba ‘google’ dahulu sebelum memilih dropshipper dan ini mungkin berlaku pada dropshipper antarabangsa.
Sekiranya, berminat hendak berniaga secara ‘Dropship’  ini, anda boleh belajar dengan Saudara Najib.  Beliau aktif berniga di platform ebay dengan menggunakan kaedah dropship ini.  Anda boleh lihat di sini maklumat perniagaan dropship beliau.
Manakala, dropship tempatan di Malaysia ini masih belum meluas lagi.  Nanti saya akan kongsikan tentang dropship tempatan yang boleh dipercayai dan berkredibeliti perniagaan mereka.  Saya lihat ramai yang telah menceburkan diri dengan dropship tempatan ini, terutama bagi pelajar wanita.   Apa lagi kalau bukan bisnes tudung dan pakaian muslimah.
Jangan lupa sekali lagi bagi mereka yang berminat berniaga dropship boleh belajar di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan