Pendahuluan.
Semua orang tahu, pemasaran melalui emel adalah antara
teknik pemasaran yang berkesan dan mudah. Untuk membina senarai emel yang
banyak, anda perlukan squeeze page dan produk percuma yang menarik. Ini adalah
asas dalam membina senarai emel.
Namun, perjuangan anda dalam pemasaran emel tidak terhenti
begitu sahaja. Anda perlukan tukarkan senarai emel yang anda miliki kepada
wang. Bagaimana? Jadikan senarai emel anda sebagai hamba. Hamba apa? Sudah
tentu hamba ilmu.
Anda perlu ada kemahiran untuk memperngaruhi pembaca
emel anda untuk percaya dan mengharapkan sesuatu dari anda. Untuk itu, anda perlukan kemahiran
untuk menghantar emel memukau dan InsyaAllah produk ini boleh membantu anda.
Tiga
perkara yang anda boleh jadikan panduan.
Dalam mana-mana pemasaran emel, ada tiga perkara yang
anda boleh jadikan panduan dalam membina hubungan dengan subscriber anda. Tiga perkara tersebut adalah seperti berikut:
Perkara pertama:
Ketelusan.
Ketelusan akan membina kepercayaan. Melalui
kepercayaan, anda boleh sedut wang dari emel anda. Tunjukkan kepada subcriber
anda siapa anda sebenarnya. Apakah laman facebook anda? Apakah laman blog anda?
Beri peluang kepada subscriber anda untuk berkenalan dengan anda.
Perkara kedua :
Kredibiliti.
Kredibiliti akan membina rasa hormat. Mempunyai
kredibiliti yang baik akan meningkatkan
populariti anda dan seterusnya akan membina senarai emel yang sangat responsif.
Manusia suka berkomunikasi dengan manusia yang berjaya.
Perkara ketiga :
Kemahiran yang tinggi.
Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal
seperti pengaturcaraan dan kemahiran menulis ayat akan memberi anda kelebihan
dari pesaing-pesaing anda yang lain.
Ketiga-tiga perkara di atas akan memberi peluang
kepada anda untuk menerima keuntungan tanpa had dan seterusnya membina empayar
perniagaan yang luas.
Emel memukau memberi peluang kepada anda untuk
berkomunikasi lebih baik dengan subscriber anda. Dalam pemasaran emel, tiada
yang lebih penting dari susunan ayat yang tertatur dan menarik. InsyaAllah,
emel memukau akan memberi satu suntikan kepada anda dalam proses pemasaran
emel.
Strategi memukau pelanggan untuk membeli dari anda.
Hanya ada satu perkara sahaja yang anda perlu tekankan
dalam strategi memukau iaitu ketahui apa yang boleh membuatkan pelanggan anda
untuk bertindak.
Dalam strategi pemasaran emel, anda tidak boleh berkata-kata secara berhadapan, maka
anda tidak boleh untuk mengetahui dengan jelas apa yang pelanggan anda mahu.Untuk
itu, anda perlu bersedia dari segi semua aspek ketika anda menulis emel untuk
memastikan anda mampu memujuk seramai mungkin subcriber untuk membeli dari
anda.
Apa yang membuatkan subcriber anda untuk bertindak?
Ia bukanlah soalan yang mudah untuk di jawab. Malah,
ia adalah soalan yang paling sukar untuk di jawab oleh IM yang berpengalaman
termasuklah seorang copywriter. Hanya ada satu cara sahaja untuk menguji
perkara apa yang mampu membuatkan subcriber anda untuk bertindak, perkara
tersebut adalah terus mencuba.
Terus mencuba adalah permulaan karier hebat seorang
copywriter. Anda perlu terus mencuba untuk mengetahui apa yang boleh
memperngaruhi subscriber anda untuk bertindak ? apa yang boleh membuatkan emosi
mereka tidak stabil dan menganggap diri mereka terdesak untuk membeli sesuatu
dari anda ? Apa yang boleh membuatkan subscriber anda untuk membeli atas rasa
hormat pada anda? dan bermacam-macam persoalan yang lain.
Untuk memperngaruhi subscriber anda melakukan
tindakan, anda perlu pandai bermain psikologi. Anda perlu kenal pasti dengan
tepat, apa yang pelanggan anda mahu dan apa kelebihan yang ada pada produk yang
anda jual.
Satukan kehendak pelanggan anda dan kelebihan yang ada
pada produk anda. Kemudian anda bentuk emel memukau yang dapat menghuraikan
kesimpulan di atas untuk memikat pembaca emel anda. Kehendak, peluang dan
keperluan adalah antara sifat keinginan yang perlu anda permainkan dalam
menulis emel memukau.
Rangka emel adalah terdiri dari tajuk, bahagian
pengenalan, isi dan penutup. Tajuk emel perlulah menarik supaya subscriber anda
membuka dan mambaca emel yang anda tulis. Pemasaran emel tidak wujud
jika emel yang anda hantar tidak di buka oleh subscriber anda. Tidak berguna
jika anda memiliki beribu-ribu senarai emel, jika yang membukanya hanya terdiri
dari beberapa orang sahaja.
Selepas subscriber anda
membuka emel yang anda hantar, anda perlu pastikan pembaca emel anda itu untuk
terus membaca. Maka, ayat pengenalan yang menarik perlulah di ambil kira.
Kemudian, anda perlu bermain emosi dengan subscriber anda supaya mereka terus
membaca sehingga habis.
Pemasaran emel memang nampak
mudah, tetapi ia sebenarnya sukar. Tambahan lagi, pengguna internet kian sedar
akan teknik promosi yang di lakukan oleh Internet Marketer dan mereka mungkin
tidak akan terpengaruh dengan promosi yang anda lakukan. Untuk itu, anda perlu menjadi lain dari yang lain.
Anda perlu pukau pembaca emel anda.
Strategi lengkap
1. Tarik subscriber anda untuk membuka emel yang anda
hantar melalui pemilihan tajuk yang menarik.
2. Tulis ayat permulaan yang memikat.
3. Nyatakan isi emel dengan jelas dan telus tanpa ada
apa-apa perkara tersembunyi.
4. Tutup emel dengan penuh emosi.
5.
Gunakan p/s untuk kesan maksimum.
Rangka
emel memukau.
Rangka emel memukau adalah
seperti berikut:
1. Tajuk emel yang menarik.
2. Ayat permulaan yang menarik.
3. Isi emel yang menarik
4. Penutup emel yang hebat.
5. Penggunaan P.s untuk keuntungan maksimum.
Tajuk emel yang
menarik.
Manusia zaman sekarang sukakan sesuatu yang pantas. Maka,
kecenderungan mereka untuk membuang emel yang tidak penting adalah tinggi. Tajuk
emel perlulah menarik dan dianggap penting oleh subscriber anda. Antara tips
untuk menulis emel yang menarik adalah seperti berikut:
Menggunakan [Kata Penarik].
Penggunaan [Kata penarik]
menjadikan emel anda lain dari yang lain. Jika anda perhatikan, penggunaan emel
dalam komunikasi semakin meningkat. Setiap individu mungkin menerima 10 hingga
15 emel setiap hari dan di tambah dengan aktiviti spam, jumlah emel yang di
terima mungkin meningkat kepada 20 emel.
Masa adalah terhad dan
mereka ingin semua perkara berlaku dengan pantas. Penggunaan [Kata Penarik]
akan membantu mereka untuk menilai emel anda. Contohnya apabila anda menhantar
emel dengan tajuk berikut:
[Luar Biasa] Kurus dalam masa 10 hari.
Kata penarik [Luar Biasa] mentafsirkan emel anda
mengandungi sesuatu yang luar biasa dan ini akan membuatkan subscriber anda
untuk membaca emel yang anda hantar.
Kata penarik juga berfungsi untuk memperkenalkan diri
anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, setiap individu menerima
sekurang-kurangnya 10 emel setiap hari. Maka, untuk memudahkan mereka untuk
memilih emel yang patut di baca, anda boleh letakkan branding anda di bahagian
kata penarik. Contohnya:
[Budakpandai]
Teknik memori terkuat.
Meletakkan branding di bahagian kata penarik akan
memperkenalkan anda secara tidak langsung. Bagi mereka yang kenal akan anda,
secara automatik mereka akan terus membaca emel yang di hantar dari anda.
Menjadi tabiat manusia untuk mengetahui sesuatu dari orang yang mereka kenal.
Gunakan tajuk yang indirect.
Tajuk yang indirect adalah tajuk emel yang boleh
menimbulkan keinginan kepada penerima emel untuk membuka emel yang anda hantar.
Antara tajuk yang berbentuk indirect adalah seperti berikut:
Auzan, anda
terlupa beberapa perkara.
Auzan, update
untuk kursus perkahwinan.
Saya berikan
Auzan sedikit masa.
Tajuk yang indirect memang memberi kesan dalam
meningkatkan jumlah klik dan pembukaan emel oleh subscriber anda.
Anda juga boleh menggunakan kedua-dua kaedah iaitu
kata penarik dan cara indirect. Contohnya:
[Tolonglah] Anda
ada beberapa hari lagi.
[Sakit hati]
Sudah beberapa hari, saya tak online.
Ayat permulaan yang
menarik.
Ayat permulaan yang menarik adalah kunci utama untuk
menarik minat pembaca kerana peratusan manusia untuk membaca ayat pertama
adalah tinggi. Ayat permulaan yang tidak menarik akan menerbitkan perkataan menyampah
dalam diri pembaca. Jadi, anda perlu berhati-hati dalam memilih ayat permulaan
emel.
Hanya ada satu perkara sahaja yang anda perlu fokus
ketika menulis ayat permulaan yang menarik iaitu teruja. Matlamat anda hanya
satu iaitu memastikan pembaca emel anda akan teruja dengan ayat permulaan anda
dan seterusnya akan meneruskan pembacaan mereka ke ayat-ayat seterusnya.
Dalam minda manusia, konsep memainkan peranan penting
untuk menerbitkan perasaan teruja. Jika anda mengumpul senarai emel dalam niche
make money online, konsep seperti ‚‘100USD sehari dalam masa seminggu‘ akan
menerbitkan perasaan teruja.
Jadi, anda fikirkan konsep yang sesuai dengan niche
senarai emel anda dan kemudian tulis ayat berdasarkan konsep tersebut. Contoh:
Katakan anda mempunyai senarai emel niche kewangan,
konsep yang anda dapat fikirkan adalah ‚‘jimat 100 sebulan melalui membeli
belah di pasar raya.‘ Maka, anda boleh tulis ayat permulaan seperti berikut:
Hi! Auzan, Sihat hari ini?
saya terpaksa menghantar emel ini
kerana rakan saya sangat teruja kerana beliau
berjaya menjimatkan 100 ringgit sebulan
walaupun membeli belah di pasar raya terkenal.
Yang menariknya, rakan saya telah memilih Auzan
untuk mencuba kaedah penjimatan terbarunya.
Bayangkan, sebulan Auzan berjaya jimatkan RM 100,
setahun sudah RM 1200(Lepas
Road Tax kereta)
Isi
emel yang menarik.
Isi emel yang menarik sudah
tentu akan mengujakan si pembaca. Anda patut meneruskan perasaan teruja
tersebut ke dalam isi emel yang anda tulis dan menambah sedikit USP dalam
kandungan emel anda. USP bermaksud Unique Selling Point iaitu keistimewaan.
Dalam pemasaran emel, emel
yang anda hantar perlulah seringkas dan sepadat mungkin kerana anda hanya ada
beberapa minit sahaja untuk mempersembahkan produk atau perkhidmatan anda
kepada pembaca emel. Maka, emel anda perlulah jelas dan telus dalam
menyampaikan maklumat.
Dalam pemasaran emel juga,
sikap professional perlulah di titik beratkan kerana ia akan memberi ketahanan
kepada perniagaan anda. Kebanyakan Internet Marketer menggunakan cara lama
iaitu menulis cerita dongeng ketika menghantar emel di mana ia akan ada
penghujungnya iaitu perasaan menyampah.
Mungkin sekarang anda
menerima jualan yang banyak, tetapi selepas beberapa kali menghantar emel
dengan cara yang serupa, penerima emel anda mungkin tidak mahu membuka emel
yang anda hantar atau lebih teruk lagi unsubscribe dari senarai emel anda.
Untuk menulis isi emel yang
menarik, anda hanya perlu menulis mengenai masalah dan penyelesaian kepada
masalah tersebut. Emel yang anda tulis perlulah secara telus dan jelas supaya
pembaca tahu mengenai apa sebenarnya masalah dan apa penyelesaiannya.
Saya cadangkan anda untuk
menulis isi emel sebanyak 3 hingga 5 perenggan sahaja. Dahulu, anda boleh
menulis sepanjang mungkin, sekarang, ia tidak lagi releven kerana manusia
semakin pantas.
Walaupun anda menulis
sebanyak 10 perenggan, mereka tetap akan membaca 3 hingga 5 perenggan sahaja.
Katakan perenggan yang mereka baca bukanlah perkara penting yang anda ingin
luahkan, sudah tentu ia akan merugikan anda. Perkara ini juga di persetujui oleh beberapa orang IM
antarabangsa.
Isi emel yang menarik perlulah terdiri dari 3 hingga 5
perenggan sahaja. Isi tersebut perlulah menceritakan masalah dan penyelesaian
dengan sejelas-jelasnya. Di samping
itu, ia perlulah di tulis secara telus dan professional.
Tutup emel dengan
penuh emosi.
Ketika menulis penutup emel, anda perlulah memainkan
sedikit emosi si penerima emel. Gunakan tiga elemen iaitu masa yang terhad,
bilangan yang terhad serta kawalan harga. Dalam teknik emel memukau, saya
menekankan anda untuk memahami masalah subsriber anda.
Di Malaysia, rata-rata rakyat yang melayari Internet
adalah bekerja secara makan gaji. Maka, anda perlu faham bahawa bukan setiap
masa mereka ada wang yang lebih untuk di belanjakan. Jadi, jika anda bijak dan
menerima tempahan dari subscriber anda, sudah tentu anda akan menerima jualan
yang lebih banyak.
Di samping tiga elemen yang di sebut pada perenggan
pertama, anda juga boleh menggunakan tawaran bonus terhad. Contohnya, anda akan
berikan produk yang bernilai tinggi jika mereka membeli dalam masa tertentu
atau pada bilangan tertentu.
Teknik sebegini selalunya berkesan untuk memukau
subscriber anda dan seterusnya memaksa mereka untuk mengikut apa yang anda
kata.
Penggunaan P.S untuk
keuntungan maksimum.
Siapa kata dalam pemasaran emel, kita tidak perlukan
P.S. Manusia cenderung untuk mengetahui hasil dengan cepat, maka, selalunya
mereka akan scroll down untuk membaca kesimpulan yang anda tulis.
Jika kesimpulan anda tertulis belilah barangan
sekian-sekian, sudah tentu ia akan merugikan anda kerana pembaca sudah tahu
tujuan anda menghantar emel adalah untuk menjual sesuatu dan sudah tentu mereka
akan mengambil mudah emel yang anda hantar.
Berbanding jika anda menggunakan P.S, pembaca akan
membaca bahagian P.S dan ini memberi kelebihan kepada anda kerana pada bahagian
ini terdapat rumusan untuk keseluruhan emel anda. Saya cadangkan anda untuk
menulis empat baris P.S.
Pada baris pertama, anda tulis mengenai peluang yang
anda beri. Pada baris kedua, anda tulis masalah dengan jelas. Pada baris
ketiga, anda tulis penyelesaian manakala pada baris keempat anda tulis mengenai
emosi terhad.
Kesimpulan
Emel memukau adalah antara teknik terhabat dalam
pemasaran emel. Anda tidak perlu bazirkan wang anda untuk menyuruh orang lain
menulis emel anda kerana ia sangat mudah untuk di lakukan. Saya percaya, anda
hanya perlu ambil beberapa minit sahaja untuk menyiapkan satu emel yang
memukau. Namun, ia bergantung kepada kebiasaan anda.
Emel memukau tidak hanya terhad pada jualan produk
sahaja. Ia juga boleh di gunakan untuk menulis emel yang berbentuk hubungan
seperti bertanya khabar dan sebagainya dengan subcriber anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan