Selasa, 6 Mei 2014

5 Cara Berkesan Promosi Blog Di Facebook

5 Cara Berkesan Promosi Blog Di Facebook
Hari ini saya ingin bertanya, siapa yang tidak tahu facebook? Majoriti rakyat kini sudah kenal apa itu facebook.

Lainlah orang-orang lama yang tidak pandai menggunakan telefon pintar ataupun komputer.

Menurut kajian, facebook merupakan laman sosial yang menjadi tumpuan ramai manusia.

Sudah banyak peniaga-peniaga yang berjaya mendapat untung besar hanya dengan mempromosi produk melalui facebook.

Berdasarkan kajian saya terhadap pakar-pakar usahawan internet terdapat 5 cara berkesan mempromosikan produk di facebook.

Teknik ini juga berkesan untuk mempromosikan blog.  Saya sendiri pernah membuat ujikaji antara artikel yang dipost di facebook dengan artikel yang dibiarkan sahaja.

Cukup berbeza, jumlah pengunjung ke artikel yang dipost di facebook cukup tinggi.

Cuba anda lihat di dalam gambar sebelah kira yang saya bulatkan adalah 15,512 orang yang lihat gambar diatas dalam tempoh dua hari.

1. Kepercayaan 


Pembaca blog gemar membaca blog yang mereka percaya dan yakin. Oleh itu, anda boleh letakkan gambar original anda, no telefon dan blog.

Cuba pelbagai cara untuk menarik kepercayaan orang, barulah blog anda akan disukai ramai.

Umpamanya, gambar profile facebook kita meyakinkan bakal prospek anda. Gunakan gambar sendiri atau famili, letakkan nombor telefon, emel dan website.


2. Aktif di blog dan facebook


Pembaca blog gemar membaca blog dan akaun facebook yang aktif.  Seboleh-bolehnya post sebarang artikel di blog dan facebook setiap hari. 

Mungkin anda boleh menghantar artikel di blog sekali sehari dan di facebook lebih dari 3 kali sehari.

Cara ini membolehkan diri anda dikenali ramai. Lebih ramai orang yang mengenali anda lebih mudah untuk mereka berhubung dengan anda

Jika anda menjual produk, cara ini memudahkan produk anda mendapat perhatian.

3. Berkongsi tip-tip bermanfaat pengalaman


Pengguna-pengguna internet kebanyakkannya melayari internet bertujuan mencari maklumat yang ringkas, padat dan berguna.

Biasanya mereka akan menggunakan enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya untuk mendapatkan tip-tip yang berguna.

Perkongsian pengalaman sendiri atau keluarga juga boleh meningkatkan kepercayaan pembaca dan mereka mudah untuk berkenalan dengan anda.

Apabila mereka minat untuk mengikuti kisah hidup anda, insyaAllah urusan jual beli menjadi lebih mudah. 

​​Namun begitu, tidak perlu berkongsi pengalaman yang terlalu peribadi. Pilih yang mana sesuai dan berkongsilah dari hati.


4. Wall yang digemari pembaca 


Kurangkan post link produk di wall facebook anda. Banyakkan mencerita kelebihan dan pengalaman menggunakan produk tersebut.

Jika boleh buatkan post yang menimbulkan tanda tanya. Apabila ada yang berminat anda boleh terus maklum balas ke inbox mereka.

Buangkan post yang tidak berkaitan dengan kita kerana ia akan mengganggu pembaca post kita. 

Tulislah artikel blog yang memberi manfaat kerana apa yang anda tulis melambangkan diri anda.

5. Berbalas komen


Jika ada pembaca yang meninggalkan komen di facebook, anda perlu segera memberi feedback yang positif.

Cara ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, malah secara tidak langsung mampu membangunkan rangkaian blog anda.

Apa yang anda tulis melambangkan diri anda. Oleh itu, balas komen rakan-rakan facebook andengan berhemah. Jangan menjawab dengan emosi.

Kesimpulan


Facebook merupakan medium sosial yang cukup diminati oleh manusia terutamanya rakyat Malaysia.

Ia boleh digunakan untuk mempromosikan blog kita dan kesannya cukup memberangsangkan.

Kandungan blog yang baik boleh memberikan sumbangan dan menambah pahala kepada kita. 

Kandungan blog yang buruk mendatangkan dosa kepada kita. Anda pilih yang mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan