Anda mungkin biasa men’download’ file daripada internet. Pernahkah anda pula menyumbangkan file di internet ataupun anda men’upload’ file ke mana-mana website? Kenapa upload file, mungkin anda ingin memberikan file tersebut kepada rakan-rakan anda ataupun anda menyimpannya untuk simpanan sendiri. Sebenarnya anda boleh buat duit dengan cara upload file tersebut melalui ziddu.
Ziddu adalah website upload file secara percuma. Bukan itu saja, ziddu akan membayar anda sekiranya ada orang yang men’download’ file anda. Oleh itu, sambil anda menggunakan perkhidmatan ziddu untuk menyimpan file, anda juga boleh buat duit.
Anda boleh buat duit dengan men’upload’ apa saja file tidak kira file word, file pdf, software, gambar, file muzik ataupun file video.
Sekiranya file-file yang anda upload sangat menarik perhatian pengguna internet, semestinya ramai orang akan men’download’ dan semestinya duit anda akan bertambah.
Apakah kelebihan ziddu ni:-
- Hanya terdapat akaun percuma, tidak memerlukan akaun premium.
- Anda boleh upload file sehingga unlimited dengan maksimum 200MB setiap file.
- File anda tidak akan di delete walaupun tiada orang yang men’download’. Ini kerana, website lain akan delete file yang tidak di download dalam tempoh tertentu. Contohnya file di delete sekiranya tiada download dalam masa 60 hari.
- Duit akan dapat juga jika download daripada IP address Malaysia. Ini kerana, website lain ada yang tidak menerima download daripada Malaysia.
- Anda boleh share file terus kepada e-mail rakan. Memudahkan anda untuk menhantar file kepada rakan-rakan anda.
Untuk anda sertai, anda pergi ke ziddu.com, kemudian klik Register. Masukkan nama, e-mail dan password.
Jadi, anda hanya perlu mempromosikan file-file yang anda telah upload di ziddu. Bayaran daripada ziddu akan diperolehi apabila anda telah memperolehi $10 melalui paypal.
Bagaimana dengan anda? Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan