WeChat sebuah platform jaringan sosial pada peranti mudah mengumumkan kejayaan mereka mencapai peningkatan penggunanya sehingga 400% sejak ianya diperkenalkan di Malaysia pada bulan Jun 2012. Pada asalnya ianya dikenali sebagai WeXin merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh sebuah syarikat pembekal perkhidmatan internet terbesar China, aplikasi ini kini telah mempunyai keseluruhan 200 juta pengguna sekaligus menjadi pesaing terdekat Whatsapp.
Mendakwa sebagai platform mobiliti jaringan sosial generasi baru, mereka memberikan cara komunikasi melalui mesej teks dan mesej suara, perkongsian informasi telefon dan senarai hubungan, panggilan video dan juga tambahan platform jaringan sosial menjadikan aplikasi ini kesemuanya dalam satu. Aplikasi ini boleh digunakan secara global oleh sesiapa sahaja dan menyokong sebanyak 17 buah bahasa termasuk bahasa Inggeris, bahasa Cina, Indonesia, Portugis, Thai, Vietnam, Rusia dan dikatakan ianya dalam proses menawarkan ianya dalam bahasa Melayu untuk meluaskan penggunaan aplikasi ini di kalangan pengguna dari Malaysia.
Menurut pengarah bagi Tencent International Business Group (Indonesia, Malaysia dan Singapura), Louis Song :
Menurut pengarah bagi Tencent International Business Group (Indonesia, Malaysia dan Singapura), Louis Song :
“We are very proud to achieve a great and healthy base of subscribers in the Malaysian market with merely 5 months. Our team is committed to continuously improve the user experience and this will definitely be the impetus for WeChat to achieve even greater heights,”
Tidak seperti aplikasi perbualan lain yang berada di pasaran, WeChat memberikan pengguna kelainan keseluruhannya dengan menerapkan jaringan sosial di dalam platformnya. Dengannya, pengguna dapat mencari kawan baru hanya dengan sentuhan satu butang sahaja. Malah tidak terhad kepada rakan-rakan dari dalam negara, pengguna juga bebas mencari rakan-rakan baru dari luar negara. Pada ketika ini beberapa selebriti telah pun menggunakan platform ini untuk berhubungan dengan rakan-rakan mereka iaitu Amber Chia, Daphne Iking, Hannah Tan, Agnes Lim dan Danny One.
Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi ini adalah :
- Look Around : Mengunakan GPS bagi mencari rakan-rakan baru berdekatan anda.
- Shake : Goyangkan peranti anda untuk mencari rakan baru. Anda goyangkan peranti anda dan di paparan peranti anda akan dipaparkan pengguna lain yang turut menggunakan ciri tersebut pada masa itu.
- Moments : Paparkan pengalaman hidup seharian anda dengan memuat naik gambar ke jurnal gambar anda. Rakan-rakan anda dapat melihat gambar-gambar tersebut
Pengguna juga dapat menghantar dan menerima mesej teks dengan percuma dan turut dilengkapi dengan sokongan emotikon. Selain itu pengguna juga boleh menghantar mesej suara juga.
Aplikasi ini telah tersedia untuk muat turun untuk platform Android, iOS, Windows dan Symbian. Anda boleh muat turun di Google Play Store dengan klik pautan di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan