Sabtu, 12 Julai 2014

Buat Wang Fiver.com

fiverr
Mungkin anda pernah mendengar mengenai Fiverr.com sebelum ini. Ia adalah satu laman web online yang menyediakan platform untuk ahli-ahlinya berjual beli produk atau perkhidmatan yang dinamakan ‘gig’. Setiap satu gig ini berharga $5. Tiada kos untuk mengiklankan sesuatu gig, namun apabila gig tersebut terjual, Fiverr.com akan mengambil $1 dan memberikan kepada baki $4 kepada penjual untuk nilai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Sedar atau tidak, Fiverr.com adalah satu lubuk emas untuk menjanawang melalui internet. Artikel ringkas ini menerangkan beberapa strategi untuk menjana wang dengan menjual gig melalui Fiverr.com.
1. Daftar akaun dan kemaskini profail
Pertama sekali, anda perlu mendaftar akaun percuma di Fiverr.com dan kemas kini profail anda. Anda harus ingat bahawa profail yang lengkap dan informatif berserta gambar adalah lebih meyakinkan pelanggan untuk berurus niaga dengan anda. Selain itu, anda juga boleh meletakkan biodata ringkas untuk memperkenalkan kepakaran anda. Dari sini, pelanggan boleh menilai adakah anda penyedia produk atau perkhidmatan yang mereka cari-cari selama ini.
2. Fikirkan idea jualan
Seterusnya, anda harus fikirkan apakah idea jualan yang ingin dipromosikan melalui gig Fiverr.com. Untuk memudahkan proses pemilihan idea, anda boleh melayari gig-gig yang ditawarkan oleh orang lain, dan lihat juga sekiranya gig-gig tersebut mendapat permintaan yang tinggi.
Sebagai contoh, banyak tempahan yang diterima untuk sesebuah gig. Selain itu, anda juga boleh melihat di ruangan permintaan gig. Ia adalah satu ruangan khas di Fiverr.com yang menyenaraikan permintaan produk atau perkhidmatan apabila tiada gig yang dicari di antara gig-gig sedia ada.
3. Cipta gig pertama anda
Setelah anda memilih idea jualan yang boleh disediakan dan disiapkan untuk pelanggan dalam tempoh yang singkat, anda bolehlah mula untuk mencipta gig. Anda klik sahaja pada butang ‘New gig’ dan ikuti arahan untuk menyiapkan gig itu tadi termasuklah memilih kategori yang bersesuaian.
Anda disarankan untuk meletakkan imej jualan yang jelas menggambarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, disertai dengan ayat jualan yang bersesuaian. Ayat jualan mestilah menerangkan serba sedikit mengenai gig anda, dan disertakan dengan call-to-action yang berbentuk motivasi untuk prospek pelanggan menempah gig daripada anda.
Kemudian anda tunggu sahaja sehingga gig anda diluluskan oleh pihak Fiverr.com. Lazimnya ia tidak mengambil masa yang lama. Dalam lebih kurang 24 jam pihak Fiverr.com akan memberi maklum balas sama ada gig anda telah diluluskan, ataupun mereka akan memulangkan gig untuk sebarang pindaan mengikut ketetapan mereka.
4. Promosikan gig anda
Setelah gig anda mulai online di laman Fiverr.com, anda bolehlah mempromosi gig anda sama ada menggunakan kaedah online ataupun offline. Kaedah online termasuklah mempromosi melalui blog atau laman web, Facebook Page dan Facebook Groups, forum, dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh mempromosi secara offline seperti iklan di akhbar, flyers ringkas untuk kawasan perumahan anda dan sebagainya. Dengan cara ini, maklumat mengenai tawaran gig anda akan mudah sampai ke pengetahuan prospek yang mungkin benar-benar memerlukan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
5. Berikan bantuan dan maklum balas
Apabila ada tempahan beserta bayaran yang dibuat untuk gig anda, anda mesti segera mengesahkan tempahan tersebut dan memulakan penghantaran produk atau penyediaan perkhidmatan. Lagi pantas anda menyiapkan kerja, lagi pantas anda boleh fokus untuk tempahan lain dan pelanggan pun akan berpuas hati. Namun dalam kepantasan anda menyiapkan kerja, kualiti produk dan perkhidmatan mesti dijaga. Untuk kerja yang berkualiti pada harga yang berpatutan, pelanggan akan berpuas hati dan anda besar kemungkinan akan menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan itu tadi.
6. Minta review daripada pelanggan anda
Setelah selesai menyampaikan produk atau perkhidmatan, pihak Fiverr.com akan membayar kepada anda $4 untuk gig yang disiapkan itu. Lagi pantas anda siapkan kerja, lagi banyak tempahan yang anda boleh siapkan dan mengaut keuntungan daripada tempahan-tempahan tersebut. Sudah tentu anda akan menghubungi pelanggan untuk meminta review berkenaan produk atau perkhidmatan yang telah disiapkan sebelum ini. Lagi banyak maklum balas baik yang diterima lebih tinggi potensi untuk mendapat pelanggan baru kerana maklum balas ini bertindak sebagai testimoni pelanggan anda.
Itulah dia beberapa tip mudah untuk anda aplikasikan untuk menjanawang yang besar melalui portal Fiverr.com. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan