Selasa, 27 November 2012

Urusniaga Sebagai Affiliate Marketer Dengan 'Clickbank'.


Apakah itu CLICKBANK?
Clickbank ialah halaman yang menyediakan khidmat pemprosesan bayaran di internet untuk produk-produk digital seperti E-book, Video , Software , Audio , Membership Site & macam-macam lagi. Produk digital disini bermaksud produk yang boleh diakses secara maya sahaja. Tidak boleh dipegang dengan pancaindera. Ada ke orang beli barang macam tu?
FAKTA
“More than 46,000 digital goods are sold on ClickBank’s online system, which averages 30,000 transactions a day – Clickbank Press Release .”
Ya! Saya tak main-main. Clickbank memang mempunyai lebih dari 46,000 produk yang aktif jualan & lebih 30,000 transaksi jual beli berlaku setiap hari.
Di Clickbank anda boleh mendaftar sebagai penjual jika anda ingin memasarkan produk digital anda sendiri di luar negara tapi jika anda tiada produk sendiri anda juga boleh jadiejen affiliate! Hanya promosikan produk orang lain! Pendaftaran affiliate pula PERCUMA & SANGAT MUDAH! Anda nak daftar banyak-banyak akaun pun takde masalah..
Sekarang anda sudah faham serba sedikit tentang Clickbak. Tapi yang menjadi masalahnya ramai yang mendaftar menjadi agen affiliate tapi masih belum dapat sebarang hasil dengan Clickbank. Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal dengan Clickbank antaranya ialah:
1) Salah memilih produk – Ramai yang  memilih produk yang salah. Bukanlah bermaksud produk yang dipilih tidak berkualiti tetapi kebanyakan memilih produk yang mempunyai persaingan yang tinggi seperti mempromosikan produk yang berkaitan dengan diet & weight loss, muscle building program, forex, make money.. kebanyak produk tersebut sangat-sangat tinggi persaingan.
2) Tidak mempunyai landing page yang mantap – Ramai yang tidak mementingkan kualiti landing page seperti kandungan yang dihasilkan. Perlu diingatkan bahawa landing page ini merupakan halaman untuk melakukan pra-jualan jadi amat penting sekali kita untuk mendapat kepercayaan pelawat supaya mereka melakukan pembelian.
3) Tidak fokus pada pemasaran yang dilakukan – Masalah ini juga melanda ramai orang terutama pada newbie yang baru ingin bermula. Mereka tidak fokus pada pemasaran yang ingin mereka lakukan sehingga berjaya mendapat hasil yang pertama. Kebanyakannya hanya berusaha sekerat jalan kemudian terus berhenti dari melakukan sebarang promosi lagi.
4) Mahu hasil yang cepat – ini lah antara masalah paling besar dihadapi oleh ramai orang. Buat duit secara online seperti melalui clickbank bukanlah satu cara untuk dapat hasil yang cepat. Usaha , trial & error sangat-sangat diperlukan sebelum boleh jana wang secara santai terutama melalui program-program internet seperti clickbank.
Sekiranya anda masih baru dengan Clickbank tetapi berminat untuk menjana wang (duit USD tu) melaluinya, saya cadangkan anda belajar dari mereka yang pakar dan ternyata berjaya buat duit dengan clickbank.

CARA DAFTAR DENGAN CLICKBANK

Sekarang anda sudah mengenal apa itu clickbank. Jika anda telah memutuskan bahwa anda sudah berminat untuk membuat USD  dari rumah via Internet dengan clickbank.

Hal pertama yang harus anda lakukan adalah membuat account di Clickbank. Ini sangat mudah dan menyulitkan sama sekali. Langkah-langkah yang perlu dilalui sebagaimana berikut::

1. Silakan buka di browser  www.clickbank.com, akan muncul tampilan seperti pada gambar berikut.


Keterangan :

Perhatikan lingkaran merah pada gambar di atas!
No. 1 adalah tools untuk mendaftar menjadi Affiliate Clickbank.
No. 2 adalah kotak pendaftaran.
No. 3 adalah tools untuk vendor/penjual. 

2. Klik  “sign up” (tanda merah no. 2 pada gambar di atas), dan akan muncul tampilan form pendaftaran yang harus anda isi dengan data diri anda, tampilannya seperti di bawah ini :

Gambar B

Keterangan :

Tanda merah no. 1. Isi semua kolum yang ada dengan data diri anda, kolum yang ada tanda bintang merah wajib diisi, termasuk dalam kolum  Country = Malaysia

Tanda merah no. 2. Payee Name = nama asli anda sesuai Kad Pengenalan Anda. Khusus untuk penulisan nama, anda harus masukkan nama anda sesuai/sama seperti dalam kad pengenalan. Jangan ada 1 huruf pun yang salah.

Clickbank hanya menggunakan cek untuk pembayaran komisyen kepada para Affiliatenya.

Untuk proses bank in,  dari  cek yang anda terima ke akaun bank anda dengan demikian nama sebenar hendaklah jelas dan jangan tertinggal satu huruf pun.

Untuk penulisan alamat dibenarkan  tidak sama dengan kad pengenalan.

Tanda merah no. 3Isi kolum "account nickname" dengan nama yang anda suka, ini diperlukan untuk login anda ke member area clickbank anda juga untuk identiti link affiliate anda. Panjangnya antara 5-10 karakter, boleh kombinasi huruf dan angka.

Tanda merah no. 4. Klik pada  kotak kecil disamping tulisan “I have read and agree…”, yang ertinya anda sudah membaca peraturan di Clickbank dan anda menyetujuinya.

Tanda merah no. 5. Klik kotak submit, dan Clickbank akan mengirim konfirmasi melalui email.

3. Kemudian anda login ke email anda dan segara buka email dari Clickbank, akan anda temukan tampilan email seperti berikut :


Keterangan :
Tanda merah no. 1 adalah kode konfirmasi akaun clickbank anda. Terdiri dari 8 digit kombinasi huruf dan angka.
Tanda merah no. 2 adalah link konfirmasi yang harus anda klik untuk melengkapi proses pendaftaran akaun clickbank anda.

4. Setelah anda klik link dari clickbank (tanda merah no. 2 pada gambar C) di atas, maka akan keluar jendela baru dengan tampilan sebagai berikut :


Keterangan :
Pada tanda merah no. 1. Masukkan 8 digit kode konfirmasi yang diberikan Clickbank melalui email anda (Gambar C, tanda merah no. 1)
Pada tanda merah no. 2.  Masukkan kode captcha (yang di tunjukan tanda merah no. 3) pada kolum yang telah disediakan. Pastikan anda mengklik dengan benar.

5. Setelah anda klik kotak finish seperti tanda merah no. 4 pada gambar D di atas, maka akan muncul jendela baru yang menyatakan bahwa proses pendaftaran akaun Clickbank anda sudah selesai (complete). Seperti tampilan gambar dibawah :


Sekali lagi anda akan menerima email dari Clickbank yang kandungannya ucapan selamat berjaya dalam membuka akaun dan menjadi member Clickbank. 

Anda boleh mengedit kembali akaun anda (misal ganti password, karana bagi saya password yang diberikan clickbank agak sulit diingat) di member area kemudian hari bila dirasa perlu, masuk saja di member area menggunakan username dan password anda.

Sekarang anda sudah resmi menjadi member Clickbank dan boleh terus menjalankan tugas sebagai Affiliate Marketer.

Ahad, 25 November 2012

Bayar Bil Melalui Online


Masih ramai yang tidak tahu atau memperaktikkan sistem membayar bil-bil melalui online.  Walhal disesuatu kawasan penempatan mereka tinggal  sudah ada kemudahan internet. Mungkin sudah terbiasa membayar bil melalui Pejabat Pos ataupun tidak celik IT.
Inilah realiti masyarakat kita sekarang  tidak mahu belajar  sistem melalui pembayaran bil secara online. Mungkin khuatir atau tidak yakin dengan sistem pembayaran demikian.

Walaubagaimanapun, disini diterangkan  bagaimana hendak setup  bil-bil utiliti bulanan.
Sebenarnya untuk membayar bil-bil  hanya memerlukan beberapa klik sahaja tanpa perlu bersesak nak bayar bil utiliti di Pejabat Pos.
Bil yang  dimaksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon TM, celcom, maxis, digi,  astro, bil PTPTN, bil air, bil TNB dan sebagainya. Sebenarnya  beberapa langkah yang perlu anda ikut iaitu:
  1. Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda
  2. Kenalpasti nombor akaun bil anda
  3. Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar lepas ni
  4. Pastikan maklumat lengkap id anda
  5. Semak dahulu
  6. Buat bayaran
Berikut ditunjukkan  contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun itu sebagaimana diunderline dibawah:
contohbill-TM
bil-tnb
bil-air-saj
bil-celcom
bil-astro
Sekarang kita pergi ke langkah seterusnya iaitu setup bil ini sebagai favourite bil untuk  dbayar setiap bulan...
Nombor akaun ini sama saja setiap bulan, cuma nilai bayaran saja  berbeza setiap bulan.  .
Ini contoh buat favourite bil guna cimbclicks.com.my  Jika  melalui Maybank2u pun lebih  sama langkahnya.
  1. 1- Jom mulakan..Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan username dan password yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills.
  2. bayar-bill1
  3. 2- Paparan di bawah akan muncul. Di sini akan ditunjuk senarai bil yang telah anda set sebagai favourite. Kalau baru nak mula, so ruangan ni akan kosonglah. Ok, untuk seterusnya, Klik pada butang “Add New Bills”.
  4. bayar-bill2
  5. 3- Di sini, and aperlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran tu. Contoh seperti di bawah ialah saya masukkan bil astro saya. Pastikan “Payee Name” tu betul ek. Bill nickname tu anda boleh letak apa2..Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil tu nanti..Ni penting jika sesiapa bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun tu boleh semak seperti saya terangkan kat atas tadi. Kemudian klik “NEXT”
  6. bayar-bill4
  7. 4- Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda tu betul. Kemudian masukkan TAC, pastu klik  ”SUBMIT”
  8. bayar-bill5
  9. 5- Pastikan proses di atas tadi successful ye. Kemudian kita pergi ke cara nak buat bayaran pula ye. Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau tu untuk Pay Bills. Jika nak semak balik bil yang anda telah set tadi, boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning tu.
  10. bayar-bill6
  11. 6- Jika anda klik link Pay Bills tadi, paparan di bawah akan keluar. Ok untuk payment from, ianya anda perlu pilih nak bayar guna akan mana satu. Ni jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Kalau ada saving account je, so pilih saving account lah. Payment to tu anda pilih bil mana satu yang anda nak bayar. Jika nak pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Tapi jika nak buat bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa anda nak buat bayaran. Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar tu betul. Kemudian masukkan nilai bayaran yang ingin dibuat. Untuk bayaran ni, lebih pun takpe sebab nanti akan dipotong dari bil akan datang. Tulah lebihnya guna sistem online ni. Klik “SUBMIT” jika dah berpuas hati.
  12. bayar-bill7
  13. 7- Sekali lagi paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat adalah betul. Jika tidak betul, klik “BACK” untuk perbaiki apa yang silap. Jika dah betul, klik “CONFIRM”
  14. bayar-bill8
  15. 8- Paparan last sekali ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaction status tu adalah “Successful” tau, baru dikira dah dibayar bil tu.
  16. bayar-bill9
Terakhir sekali jangan lupa pula untuk logout selepas membuat bayaran. Selamat mencuba.

Buat Ebook Secara Mudah dan Cepat



Artikel ini boleh dijadikan rujukan bagi  yang ingin membuat ebook sendiri. 
Cara membuat ebook mudah dan cepat boleh menggunakan software PrimoPDF. Perlu diketahui bahwa software ini digunakan untuk menconvert dokumen dalam format PDF. Ini sebenarnya adalah salah satu cara atau kaedah untuk membuat ebook.
Cara membuat ebook yang saya terangkan di sini sangat cepat, tidak memerlukan waktu lama. Caranya juga sangat mudah. Ikuti petunjuk berikut ini.
1. Download software PrimoPDF dengan mengunjungi laman ini. Setelah filenya didownload, instal pula ke komputer. Selepas itu akan  muncul dokumentasi untuk mengisi pendaftaran email. Ini berguna jika  menginginkan informasi update dari si pembuat software.
2. Sebelum itu persiapkanlah file dalam format doc atau docx iaitu skrip artikel, novel, panduan atau dokumen lain dalam Microsoft Word yang telah disiapkan.
3. Sebaik-baiknya telah membuat gambar sebagai cover ebook dan tempatkan di halaman lain untuk dikombinasikan kepada dokumen ebook ini. 
4. Bukalah file tersebut lalu klik pada Office Button dan kemudian pilih Print. Pilihlah PrimoPDF sebagai printer untuk mencetak dokumen anda. Lihat gambar ini.
Cara Membuat Ebook
Setelah itu tekan Ok.

5. Pada software PrimoPDF versi terbaru akan ada tampilan Streamline PrimoPDF. Klik No jika anda tidak perlu. Selanjutnya akan muncul tampilan seperti gambar berikut.

Membuat Ebook
6. Kemudian boleh memilih Ebook. Selanjutnya  lihat pada Document Properties, tekan Change untuk mengisi data yang diperlukan. Di sana boleh mengisi Title (judul ebook), Author (nama pengarang), Subject (deskripsi ebook anda) dan Keyword (kata kunci untuk ebook yang telah diciptakan). Setelah itu klik Ok.
7. Selanjutnya lihat pada PDF Security. Klik pada Change. Di sana boleh setting apakah ebook anda menggunakan password atau tidak. Jika ya klik pilihan Require a password to open the document dan tuliskan password yang telah diberi pada peringkat awal.
Cara Mudah Membuat Ebook
8. Jika  ingin mengunci dokumen ebook yang telah diciptakan itu agar tidak boleh diedit orang lain, boleh mengklik pada pilihan Require a password to change security settings and access spesific functions, lalu tuliskan password di dalam kotak. Seharusnya perlu ingatkan password yang telah ditetapkan tadi jika sekiranya ingin mengedit dokumen ebook.
9. Seterusnya akan diberi pilihan apakah ebook hendak diprint atau tidak. Pilih None untuk mendisable. 
10. Diberi pilihan samaada ebook yang diciptakan telah bersedia dicopy atau tidak. Setelah itu tekan Ok. Tekan lagi Create PDF. 
11. Sebenarnya boleh memberikan nama file ebook dan pastikan bahwa anda memilih save as type sebagai PDF file. Setelah itu tekan Save. Dengan itu selesai sudah ebook dibuat.

Panduan Alertpay (Payment Processor) Secara Online



Alertpay adalah satu lagi kaedah pembayaran secara online (payment processor) selain dari Paypal, Solid Trust Pay, e-gold, Liberty Reserve dan sebagainya. Ia bertujuan untuk urusan pembelian dan pembayaran terutama dalam perniagaan online seperti jual beli barang, program affiliate, multi-level-marketing/direct selling, pelaburan dan pelbagai lagi program bisnes internet. Ia sudah bertahun-tahun digunakan sejak Tahun 2004 dan berdaftar di Kanada.
Berikut adalah beberapa fakta umum untuk rujukan.
1. Terdapat 3 jenis akaun di Alertpay – Personal Starter, Personal Pro & Business
  • Sekiranya anda masih baru dalam bidang ini, sila buka akaun “Personal Starter”.
  • JANGAN buka akaun Personal Pro kerana anda akan dikenakan caj 2.5% +1.20rm setiap kali terima duit.
  • Anda tidak akan dikenakan sebarang caj untuk akaun Personal Starter setiap kali terima duit TETAPI apabila anda sudah terima lebih dari $400 dalam masa sebulan atau $2000 dalam setahun (terkumpul), akuan anda akan secara automatik menjadi Personal Pro.
2. Status Unverified – apa maknanya?  Jika akaun anda Personal Starter Unverified atau Personal Pro Unverified, ini bermakna anda akan ada urusan yang terhad
  • Personal Starter atau Pro Unverified – anda hanya boleh membuat belian produk/asterios dibawah $999.99
  • Anda tidak boleh guna untuk upgrade untuk jadi ND1 walaupun ada duit $1000
  • Anda hanya boleh membuat pengeluaran wang ke bank dalam jumlah yang terhad (kecil) i.e jumlah bergantung kepada pihak Alertpay.
  • Tetapi anda boleh terima duit dari akaun Alertpay orang lain atau dari Club-Asteria
  • Anda tetap dikenakan caj 2.5% +1.20rm bila terima duit  jika akaun anda Personal Pro Unverified.
3. Bagaimana nak verified? Terdapat 2 cara
  • Membuat deposit ke akaun RBS – sila ikut panduan di web ini. Cara ini lebih mudah jika anda berdekatan dengan cawangan RBS. Anda cuma perlu ikut panduan yang diberikan dan buat deposit tunai di kaunter RBS. Minimum deposit ialah RM155. Anda akan menerima duit dalam akaun Alertpay dalam masa 2 hari dan terus bertukar menjadi verified
  • Dengan validate melalui kadkredit atau kaddebit – sila ikuti panduan di web ini juga. Cara validate dengan kad kredit mengambil masa yang lama kerana perlu tunggu “validate code 4 digit” di penyata bil kadkredit. Cara validate dengan kaddebit maybank lebih mudah kerana hanya mengambil masa 2 hari.
4. Bagaimana jika saya nak deposit ke akaun Alertpay lebih dari $1000 dan akaun saya “unverified”?
  • Langkah pertama, sila deposit tunai dikaunter RBS bersamaan dengan $999.99 yang terdekat. Ini kerana akaun unverified dibenarkan deposit dibawah $999.99
  • Tunggu duit sudah masuk dalam akaun Alertpay dan status sudah Verified.
  • Langkah seterusnya, buat deposit tunai untuk baki seterusnya di kaunter RBS. Untuk akaun verified, anda boleh deposit dibawah $4999.99 untuk setiap transaksi.
  • Jika deposit lebih dari $10,000 sila lakukan deposit beberapa kali untuk jumlah dibawah $4999.99 bagi setiap transaksi
5. Bagaimana dengan caj pengeluaran wang? Anda boleh keluarkan wang dengan 3 cara
  • Melalui akaun bank, anda akan dikenakan caj RM15 bagi setiap pengeluaran. Masa yang diambil ialah 5 hari bekerja (kekadang 1 minggu). Sila pastikan anda tidak membuat pengeluaran yang terlalu banyak kerana kita tertakluk pada undang-undang Bank Negara Malaysia. Disyorkan dibawah rm10,000 bagi setiap pengeluaran dan lakukan selang beberapa minggu atau bulan supaya tidak terlalu kerap.
  • Melalui kadkredit/debit, anda akan dikenakan caj $4.95 bagi setiap pengeluaran. Masa yang diambil ialah 5 hari bekerja. Panduan ada di web ini
  • Melalui kad debit Alertpay

Panduan Buka Akaun Alertpay

Penggunaan Alertpay untuk menyertai program online adalah amat digalakkan untuk mereka yang masih baru dalam industri ini.
PANDUAN BUKA AKAUN ALERTPAY
BUKA AKAUN ALERTPAY ADALAH PERCUMA/FREE
Note: Sila Pastikan nama penuh anda kurang dari 22 characters (yang dibenarkan) jika tidak akan berlaku error spt “Invalid Account” terutama apabila anda cuba add akaun bank untuk deposit atau pengeluaran nanti.
Contoh nama Sebenar Muhammad Ali bin Muhammad Abu (30 char termasuk space)
Ubah kepada M. Ali Muhammad Abu (19 chars)
Kemudian sila scan IC dan upload hantar ke Support di Alertpay minta dia updatekan nama sebenar.
STEP 1: Klik di SINI untuk ke laman webs Alertpay 
STEP 2: Klik “Sign Up Now”
 
STEP 3: Klik butang “Personel Starter” dan klik “Next Step” 
 
STEP 4:  Isikan maklumat peribadi anda dengan betul dan tepat dan klik “Next Step” 
 
STEP 5: Masukan email anda, create password untuk akaun Alertpay dan trancastion PIN.
Pastikan anda simpan baik-baik semua maklumat tersebut.
 
STEP 6: Anda sudah berjaya sampai ke terakhir iaitu terima email pengesahan dari Alertpay. 
 
STEP 7: Sila buka email anda dan klik link pengesahan (validation link) 
 
PERINGATAN: Sila pastikan anda catat & ingat password dan PIN transaction yang telah anda cipta.



Panduan Pengeluaran Wang Alertpay ke Bank

Berikut adalah panduan untuk mengeluarkan wang dari akaun Alertpay.


Sila ikut panduan seperti yang dinyatakan dibawah.
Langkah Pertama anda mesti daftarkan akaun bank anda di akaun Alertpay. Jika sudah, sila terus ke Panduan Pengeluaran Wang ke Bank dibawah.
STEP 1: Login ke akaun AlertPay anda dan klik “Add Bank Account”

STEP 2 Pastikan nama negara di mana bank anda berada.

STEP 3 Pilih Bank Transfer (for deposit and withdraw)

STEP 4 Isikan semua maklumat dengan tepat. Isikan SWIFT BIC
Contoh jika bank anda adalah Maybank SWIFT BIC ialah MBBEMYKL
Contoh maklumat yang anda patut isi.
Account Type: Personal Savings
First Name:  Dahlan
Last Name: Ishak
Account No: 1234567890 (no acc bank anda)
Swift BIC:  MBBEMYKL (sekiranya Maybank, untuk lain-lain bank sila rujuk senarai Swift Code dibawah)
Bank Name: Malayan Banking Berhad (sekiranya Maybank)
Bank Phone Number: 603-123456 (no tel cawangan Maybank dimana anda buka akaun)
Bank Contact Name: Remittance Officer atau Branch Manager
Nota: Sekiranya anda ada masalah “error in-valid account” sila pendekkan nama anda kurang dari 22 characters termasuk nama bapa dan space. Contoh, Mohammad Shirajuddin Mohd Ali (29 chars), sila ubah kepada M Shirajuddin Mohd Ali (22 chars)
Dibawah adalah senarai Swift Code BIC Bank
Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
Alliance Bank Malaysia Berhad = MFBBMYKL
Ambank Berhad = ARBKMYKL
Bank Islam Malaysia Berhad = BIMBMYKL
Bank Kerjasama Rakyat Berhad = BKRMMYK1
Bank Muamalat Berhad = BMMBMYKL
Bank of America = BOFAMY2X
Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL
CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
Deustche Bank = DEUTMYKL
EON Bank Berhad = EOBBMYKL
HSBC Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
Public Bank Berhad = PBBEMYKL
RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKX
The Royal Bank of Scotland Berhad (RBS) = ABNAMYKL
United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL
STEP 5. Seterusnya klik Next dan Siap
———————————————————————————–

UNTUK PENGELUARAN WANG  ALERTPAY KE AKAUN BANK ANDA

IKUT LANGKAH MUDAH SEPERTI BERIKUT:
STEP 1  Login ke akaun AlertPay anda dan klik withdraw


STEP 2.  Klik ‘Bank Transfer

STEP 3 Masukan jumlah yang anda hendak transfer ke bank anda
(dicadangkan pengeluaran minima melebihi 100USD sebab setiap pengeluaran akan di cas RM15)

STEP 4 Masukan PIN dengan betul

STEP 5 Transactiopn anda berjaya!!!…

STEP 6 Anda akan menerima email dari AlertPay seperti berikut.

Selepas 2 – 5 hari bekerja anda dapat lihat wang telah ada dalam akaun bank anda.