Sabtu, 24 November 2012

Buat ECover Percuma

Teknik bagaimana hendak membuat ecover secara percuma ini, memang mempunyai beberapa pilihan software berbayar mahupun yang percuma. Kepada yang baru mengenali perniagaan internet,  walaupun anda tiada asas design bolehlah memilih atau mencuba software secara percuma.

Sebenarnya ecover ini memainkan peranan yang penting dalam pemasaran sesebuah ebook, cd. dvd dan lain-lain lagi. Dengan itu membuat ecover ini terdapat berbagai teknik dan perisian yang disediakan, samaada berbayar ataupun percuma.


Ecover merupakan muka depan bagi ebook dan salah satu kaedah yang amat penting bagi menarik minat pembeli untuk mendapatkan produk tersebut.

Untuk membuat ecover secara percuma, sebenarnya mudah sahaja. Sila pergi ke website ini http://www.myecovermaker.com/ecover-design, seterusnya, pilih design ecover yang  mahukan.

Kaedah 1

Jika anda sedang mencipta atau menjual produk digital, tentu akan menawarkan newsletter kepada pelawat web  ataupun anda  menghasilkan lapuran atau video, anda akan memerlukan pembuat imej atau ‘ecover’ untuk membuatkan produk anda lebih menarik dan bernilai pada pandangan bakal pembeli anda.

Terdapat bermacam cara diluar sana untuk membuat ecover ni. Yang berkemampuan boleh membayar designer sehingga RM147.00 per imej atau boleh juga beli software atau Photoshop action, tetapi ianya mengambil masa dan agak mahal. Walaubagaimanapun bagi newnie tentu tidak mampu  untuk membayarnya kerana ada yang percuma. Untuk yang percuma, cuba klik: MyEcoverMaker 

MyEcoverMaker adalah web yang berasaskan penyelesaian untuk membuat e-cover dalam berbagai bentuk. Kalau menggunakan Free Edition pilihannya agak terhad. Tapi jika hendak gunakan sepenuhnya ciri-ciri yang terdapat didalamnya, maka anda bayarlah $9.00 sebulan atau $90.00 setahun. 

Boleh mulakan dengan memilih template yang disukai. Untuk preview kali ini  pilih template Binder Laying Open. Sebenar dalam Free Version cuma ada 5 jenis template saja, tapi kalau memilih secara bayar terdapat 32 jenis template.

Lepas itu pilihlah antara backgruond yang menarik yang  dirasakan sesuai untuk cover atau  boleh upload dari komputer. Boleh pilih semua bahagian background atau pilih bahagian yang tertentu saja.


Bila sudah selesai memilih background, bolehlah customizekan mengikut kesukaan msing-masing. Jika suka boleh masukkan berbagai jenis imej, bentuk, grafik dan abstrak yang disediakan atau upload dari komputer.


Kemudian boleh tambah teks untuk tajuk, nama atau URL ikut pilihan. Boleh juga memilih font, warna dan lain-lain. MyEcoverMaker dipenuhi dengan ciri-ciri yang mudah diguna. Anda hanya perlu klik saja pada feutures yang difikirkan sesuai atau disukai, buat pilihan dan dah siap.

Bila sudah selesai dengan imej 2D anda, anda klik butang Finalize untuk menyiapkan imej anda. Dalam beberapa saat imej yang dipilih tadi akan terbentuk dalam 3D dan boleh pilih untuk colour background atau transparent background. Laraskannya dan boleh download ecover yang dibuat tadi.


Kaedah 2

Satu lagi kaedah atau cara yang paling mudah dan simple cara nak menghasilkan ecover ini. Iaitu:

Langkah 1) klik sini : http://3d-pack.com/

Langkah 2) Lihat Rajah di bawah:



Contoh diatas tadi menggunakan gambar yang  dipilih dan memilih jenis "ebook".  Hasilnya boleh dilihat sebagaimana dibawah:


Terdapat 2 kaedah secara percuma bagi membuat ecover untuk ebook, cd, dvd dan sebagainya untuk dicuba bagi newbie yang baru mendekati diri dalam dunia pemasaran internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan