Ahad, 25 November 2012

Panduan Alertpay (Payment Processor) Secara Online



Alertpay adalah satu lagi kaedah pembayaran secara online (payment processor) selain dari Paypal, Solid Trust Pay, e-gold, Liberty Reserve dan sebagainya. Ia bertujuan untuk urusan pembelian dan pembayaran terutama dalam perniagaan online seperti jual beli barang, program affiliate, multi-level-marketing/direct selling, pelaburan dan pelbagai lagi program bisnes internet. Ia sudah bertahun-tahun digunakan sejak Tahun 2004 dan berdaftar di Kanada.
Berikut adalah beberapa fakta umum untuk rujukan.
1. Terdapat 3 jenis akaun di Alertpay – Personal Starter, Personal Pro & Business
  • Sekiranya anda masih baru dalam bidang ini, sila buka akaun “Personal Starter”.
  • JANGAN buka akaun Personal Pro kerana anda akan dikenakan caj 2.5% +1.20rm setiap kali terima duit.
  • Anda tidak akan dikenakan sebarang caj untuk akaun Personal Starter setiap kali terima duit TETAPI apabila anda sudah terima lebih dari $400 dalam masa sebulan atau $2000 dalam setahun (terkumpul), akuan anda akan secara automatik menjadi Personal Pro.
2. Status Unverified – apa maknanya?  Jika akaun anda Personal Starter Unverified atau Personal Pro Unverified, ini bermakna anda akan ada urusan yang terhad
  • Personal Starter atau Pro Unverified – anda hanya boleh membuat belian produk/asterios dibawah $999.99
  • Anda tidak boleh guna untuk upgrade untuk jadi ND1 walaupun ada duit $1000
  • Anda hanya boleh membuat pengeluaran wang ke bank dalam jumlah yang terhad (kecil) i.e jumlah bergantung kepada pihak Alertpay.
  • Tetapi anda boleh terima duit dari akaun Alertpay orang lain atau dari Club-Asteria
  • Anda tetap dikenakan caj 2.5% +1.20rm bila terima duit  jika akaun anda Personal Pro Unverified.
3. Bagaimana nak verified? Terdapat 2 cara
  • Membuat deposit ke akaun RBS – sila ikut panduan di web ini. Cara ini lebih mudah jika anda berdekatan dengan cawangan RBS. Anda cuma perlu ikut panduan yang diberikan dan buat deposit tunai di kaunter RBS. Minimum deposit ialah RM155. Anda akan menerima duit dalam akaun Alertpay dalam masa 2 hari dan terus bertukar menjadi verified
  • Dengan validate melalui kadkredit atau kaddebit – sila ikuti panduan di web ini juga. Cara validate dengan kad kredit mengambil masa yang lama kerana perlu tunggu “validate code 4 digit” di penyata bil kadkredit. Cara validate dengan kaddebit maybank lebih mudah kerana hanya mengambil masa 2 hari.
4. Bagaimana jika saya nak deposit ke akaun Alertpay lebih dari $1000 dan akaun saya “unverified”?
  • Langkah pertama, sila deposit tunai dikaunter RBS bersamaan dengan $999.99 yang terdekat. Ini kerana akaun unverified dibenarkan deposit dibawah $999.99
  • Tunggu duit sudah masuk dalam akaun Alertpay dan status sudah Verified.
  • Langkah seterusnya, buat deposit tunai untuk baki seterusnya di kaunter RBS. Untuk akaun verified, anda boleh deposit dibawah $4999.99 untuk setiap transaksi.
  • Jika deposit lebih dari $10,000 sila lakukan deposit beberapa kali untuk jumlah dibawah $4999.99 bagi setiap transaksi
5. Bagaimana dengan caj pengeluaran wang? Anda boleh keluarkan wang dengan 3 cara
  • Melalui akaun bank, anda akan dikenakan caj RM15 bagi setiap pengeluaran. Masa yang diambil ialah 5 hari bekerja (kekadang 1 minggu). Sila pastikan anda tidak membuat pengeluaran yang terlalu banyak kerana kita tertakluk pada undang-undang Bank Negara Malaysia. Disyorkan dibawah rm10,000 bagi setiap pengeluaran dan lakukan selang beberapa minggu atau bulan supaya tidak terlalu kerap.
  • Melalui kadkredit/debit, anda akan dikenakan caj $4.95 bagi setiap pengeluaran. Masa yang diambil ialah 5 hari bekerja. Panduan ada di web ini
  • Melalui kad debit Alertpay

Panduan Buka Akaun Alertpay

Penggunaan Alertpay untuk menyertai program online adalah amat digalakkan untuk mereka yang masih baru dalam industri ini.
PANDUAN BUKA AKAUN ALERTPAY
BUKA AKAUN ALERTPAY ADALAH PERCUMA/FREE
Note: Sila Pastikan nama penuh anda kurang dari 22 characters (yang dibenarkan) jika tidak akan berlaku error spt “Invalid Account” terutama apabila anda cuba add akaun bank untuk deposit atau pengeluaran nanti.
Contoh nama Sebenar Muhammad Ali bin Muhammad Abu (30 char termasuk space)
Ubah kepada M. Ali Muhammad Abu (19 chars)
Kemudian sila scan IC dan upload hantar ke Support di Alertpay minta dia updatekan nama sebenar.
STEP 1: Klik di SINI untuk ke laman webs Alertpay 
STEP 2: Klik “Sign Up Now”
 
STEP 3: Klik butang “Personel Starter” dan klik “Next Step” 
 
STEP 4:  Isikan maklumat peribadi anda dengan betul dan tepat dan klik “Next Step” 
 
STEP 5: Masukan email anda, create password untuk akaun Alertpay dan trancastion PIN.
Pastikan anda simpan baik-baik semua maklumat tersebut.
 
STEP 6: Anda sudah berjaya sampai ke terakhir iaitu terima email pengesahan dari Alertpay. 
 
STEP 7: Sila buka email anda dan klik link pengesahan (validation link) 
 
PERINGATAN: Sila pastikan anda catat & ingat password dan PIN transaction yang telah anda cipta.



Panduan Pengeluaran Wang Alertpay ke Bank

Berikut adalah panduan untuk mengeluarkan wang dari akaun Alertpay.


Sila ikut panduan seperti yang dinyatakan dibawah.
Langkah Pertama anda mesti daftarkan akaun bank anda di akaun Alertpay. Jika sudah, sila terus ke Panduan Pengeluaran Wang ke Bank dibawah.
STEP 1: Login ke akaun AlertPay anda dan klik “Add Bank Account”

STEP 2 Pastikan nama negara di mana bank anda berada.

STEP 3 Pilih Bank Transfer (for deposit and withdraw)

STEP 4 Isikan semua maklumat dengan tepat. Isikan SWIFT BIC
Contoh jika bank anda adalah Maybank SWIFT BIC ialah MBBEMYKL
Contoh maklumat yang anda patut isi.
Account Type: Personal Savings
First Name:  Dahlan
Last Name: Ishak
Account No: 1234567890 (no acc bank anda)
Swift BIC:  MBBEMYKL (sekiranya Maybank, untuk lain-lain bank sila rujuk senarai Swift Code dibawah)
Bank Name: Malayan Banking Berhad (sekiranya Maybank)
Bank Phone Number: 603-123456 (no tel cawangan Maybank dimana anda buka akaun)
Bank Contact Name: Remittance Officer atau Branch Manager
Nota: Sekiranya anda ada masalah “error in-valid account” sila pendekkan nama anda kurang dari 22 characters termasuk nama bapa dan space. Contoh, Mohammad Shirajuddin Mohd Ali (29 chars), sila ubah kepada M Shirajuddin Mohd Ali (22 chars)
Dibawah adalah senarai Swift Code BIC Bank
Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
Alliance Bank Malaysia Berhad = MFBBMYKL
Ambank Berhad = ARBKMYKL
Bank Islam Malaysia Berhad = BIMBMYKL
Bank Kerjasama Rakyat Berhad = BKRMMYK1
Bank Muamalat Berhad = BMMBMYKL
Bank of America = BOFAMY2X
Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL
CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
Deustche Bank = DEUTMYKL
EON Bank Berhad = EOBBMYKL
HSBC Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
Public Bank Berhad = PBBEMYKL
RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKX
The Royal Bank of Scotland Berhad (RBS) = ABNAMYKL
United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL
STEP 5. Seterusnya klik Next dan Siap
———————————————————————————–

UNTUK PENGELUARAN WANG  ALERTPAY KE AKAUN BANK ANDA

IKUT LANGKAH MUDAH SEPERTI BERIKUT:
STEP 1  Login ke akaun AlertPay anda dan klik withdraw


STEP 2.  Klik ‘Bank Transfer

STEP 3 Masukan jumlah yang anda hendak transfer ke bank anda
(dicadangkan pengeluaran minima melebihi 100USD sebab setiap pengeluaran akan di cas RM15)

STEP 4 Masukan PIN dengan betul

STEP 5 Transactiopn anda berjaya!!!…

STEP 6 Anda akan menerima email dari AlertPay seperti berikut.

Selepas 2 – 5 hari bekerja anda dapat lihat wang telah ada dalam akaun bank anda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan