Apa yang anda perlu fikirkan adalah
bagaimana hendak mencari pembeli yang dahagakan maklumat yang anda jual itu. Di
dalam ebook ringkas ini, saya senaraikan lima niche yang hot iaitu niche yang
mempunyai bilangan pembeli yang banyak dan akan sentiasa laris.
Niche pertama : Buat duit online.
Ia
pelik bukan. Anda jana pendapatan dengan menjual teknik bagaimana henda jana
pendapatan di Internet. Tetapi, anda mahu jana pendapatan bukan ? jadi,
tiada salahnya untuk anda jual produk buat duit di internet.
Untuk
menjadikan ebook anda laris, anda perlu meletakkan beberapa syarat pada ebook
anda sebelum anda mula menjual ebook anda. Syarat ebook
tersebut adalah
-
Teknik anda adalah logik.
-
Anda mahir dengan teknik tersebut.
-
Anda
mampu membantu pembaca ebook anda untuk memperoleh keputusan yang sama dengan
anda..
-
Teknik
adalah hasil dari percubaan anda sendiri.
-
Sudah
terbukti, semua orang boleh jana pendapatan melalui teknik anda itu.
Jika kena pada caranya, anda boleh
jana wang yang banyak menerusi niche ini. Namun, jika anda tersilap langkah, ia
mampu memberi tamparan yang besar kepada anda.
Niche kedua : Fitness dan weight loss.
Manusia adalah makhluk yang suka akan
kecantikan. Tiada cara yang lebih baik dari senaman untuk menjadikan diri
mereka lebih cantik. Niche ini adalah bernilai berbillion dollar setahun dan
amatlah rugi jika anda tidak turut serta untuk memeriahkannya.
Niche ini amat mudah untuk di
tembusi, anda hanya perlu cari kajian terbaru atau unik dan anda sudah boleh
mulakan aktiviti jualan anda. Anda tidak perlukan testimoni yang hebat untuk anda
jual ebook di dalam niche ini. Anda hanya perlu ada maklumat yang di dahagakan
oleh orang ramai. Jual maklumat yang betul pada orang yang betul.
Niche ketiga : Hubungan sesama manusia.
Hubungan sesama manusia seperti
kawan, keluarga dan cinta memang mempunyai permintaan yang banyak di dalam
industri maklumat. Ini kerana manusia memang dahagakan perhubungan. Mereka mahu
memiliki teman istemewa,kawan yang ramai serta keluarga yang bahagia.
Seorang lelaki mahu memiliki teman
wanita, seorang ibu mahu suaminya setia, seorang perempuan mahu menawan lelaki
idaman, seorang yang kesunyian dan pemalu mahukan kawan yang banyak. Potensi
jualan adalah tidak terhad. Terdapat banyak tajuk dan kaedah yang boleh anda
ceburi. Bayangkan semua manusia mahukan kebahagian dan anda ada maklumat
tersebut.
Niche Keempat : Semulajadi
Dunia semakin tercemar, itulah
pendapat setiap penduduk di bumi ini. Mereka sayangkan bumi ini dan mahu
lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dunia ini dari tercemar lagi. Lalu,
menggunakan produk semulajadi adalah terbaik. Manusia lebih percaya pada
semulajadi dari perkara-perkara yang lain.
Masukkan elemen semulajadi di dalam
ebook anda, ia akan meningkatkan jualan ebook anda. Semulajadi merangkumi
penggunaan herba, kaedah tradisional untuk menghasilkan sesuatu, teknik untuk
mengurangkan pencemaran dan lain-lain.
Niche Kelima : Hobi
Niche
hobi adalah niche yang sangat mahal. Manusia suka meluangkan masa melakukan
sesuatu yang baru atau sesuatu yang mereka suka. Anda boleh wujudkan hobi baru
atau jual panduan mengenai hobi sedia ada. Hobi berubah mengikut trends.
Bagi
mereka yang suka bermain permainan video, permainan video mereka berubah
mengikut trends. Jadi, pendapatan anda adalah tidak terhad. Ini kerana trends
sentiasa berubah. Anda boleh kaji hobi apa yang sedang hangat di sekeliling
anda dan ambil kesempatan darinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan