Isnin, 7 April 2014

Tutorial Membina Pautan Muat Turun (Download Link)

Ada kalanya anda perlu memberikan kredit kepada pengunjung laman web anda dengan memberikan mereka pautan untuk memuat turun (download) artikel-ertikel percuma tetapi berguna dalam berbagai format dan jenis fail misalnya, fail-fail .pdf, MP3, .exe, .zip, dan sebagainya. 


Sebenarnya kerja ini tidaklah sesukar mana sebagaimana yang selalu kita fikirkan. Mungkin bagi sesetengah pengguna internet ada kaedah tersendiri yang mereka boleh gunakan.

Untuk tutorial ini saya hanya menggunakan kaedah dan cara yang paling ringkas dan mampu dilakukan oleh sesiapa pun pengguna internet. Tidak perlu pening-peningkan kepala.

Mari kita teruskan dengan cepat …

Berikut ada langkah-langkah ringkas yang harus diikuti dan dipatuhi:

1. Apabila anda membina fail yang sesuai untuk dimuat turun (downloaded), perkara paling penting dan mustahak ialah pastikan nama fail tersebut sependik yang boleh.

            Contoh: 42tiphidupharmoni

2. Jangan sama sekali menggunakan huruf besar, jarak, atau tanda-tanda bacaan seperti !, dan sebagainya.

            Contoh: e-bookcover

3. Muat naik fail ke folder public html yang sudah anda bina supaya pengunjung laman web anda boleh muat turun dengan senang dan effisien.


4. Anda boleh memuat naik fail menggunakan FTP atau anda boleh menggunakan perkakasan File Manager  yang sedia ada pada penal kawalan (control panel) anda.
Bagaimana, senangkan …

Baiklah, seterusnya ….

Mari kita lihat satu contoh yang ringkas dan senang untuk diikuti:

Saya akan menunjukkan kepada anda nama domain yang saya gunakan. Ini pun saya menggunakan perkhidmatan penyedia laman sesawang percuma. Sebagai permulaan anda boleh menggunakannya juga.

Mari kita lihat laman sesawang http://www.rahsiahidupharmoni.webs.com,saya mahu mengajak anda melihat bagaimana saya membina dan membuat laman sesawang yang bertindak sebagai laman untuk memuat turun edisi percuma  42tiphidupharmoni apabila pengunjung melawat dan berkeinginan untuk memuat turun e-book tersebut.

Secara ringkas …

a. Saya telah membina fail zip yang dipanggil 42tiphidupharmoni.zip
b. Saya memuatnaik (upload) 42tiphidupharmoni.zip ke laman muat turun atau ia lebih dikenali sebagai public_html folder.
Mulai saat ini anda tidak perlu lagi mengirim artikel anda kepada sesiapa pun menggunakan e-mail atau perkhidmatan seumpamanya dalam masa-masa tertentu. Biarkan laman muat turun anda melakukannya bagi pihak anda pada bila-bila masa.

Pautan muat turun ialah
http://www.rahsiahidupharmoni.webs.com/muatturunedisipercuma.html, jika ada sesiapa yang mengklik pada pautan tersebut, akan memuat turun edisi percuma 42 Tips Hidup Harmoni.                                                                   
---------------------------
Pendiknya …..

Nama Domain Anda + Fail Anda = Pautan Muat Turun

rahsiahidupharmoni.webs.com ialah nama domain muatturunedisipercuma ialah nama fail

saya asingkan kedua nama tersebut menggunakan tanda slash 
/ 

dan kita dapat pautan muat turun rahsiahidupharmoni.webs.com
/muatturunedisipercuma

Selamat mencuba …

Somoon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan