Ahad, 27 April 2014

Pemasaran Produk Yang Efektif Di Internet

Ramai yang tidak tahu bahawa rakyat Malaysia merupakan antara rakyat negara Asia yang paling ramai melayari internet dalam dunia. Ya, dunia! Keajaiban internet tidak perlu dipersoalkan lagi. Usahawan-usahawan di seluruh dunia menjana hampir berbilion ringgit daripada medium ini. Sama ada produk digital mahupun fizikal, semuanya adalah mungkin dengan kewujudan internet. Ini kerana jika secara offline, bilangan manusia adalah terhad manakala secaraonline, perniagaan anda mampu di perkenalkan pada beribu-ribu orang dalam masa yang sekejap sahaja. Dan sebagai usahawan di Malaysia, adakah kenyataan di atas masih tidak meyakinkan anda untuk memanfaatkan medium ajaib ini ke paras maksimum?
Kini, transaksi yang berlaku di internet adalah berjumlah trillion USD setahun dan setiap hari berbilion-billion USD bertukar tangan. Kerancakan transaksi wang di internet di sokong lagi dengan pengembangan internet ke handphonedan juga penggunaan kad kredit.
Apabila bercakap mengenai perniagaan internet ramai di antara kita membayangkan produk making money online”.Sebenarnya, perniagaan internet ini mempunyai banyak cabang yang boleh diterokai. Di negara kita, pasaran produk fizikal lebih tertumpu di forum-forum tempatan serta laman lelongan online seperti lelong.com.my dan ebay.
Perkembangan yang bagus tetapi produk yang dijual kebanyakannya boleh dikatakan remeh. Contohnya, pen, sarung bantal, jus kuruskan badan, tudung, keychain dan yang sewaktu dengannya. Bagaimana dengan barangan yang lain? Atau usahawan tempatan masih kurang berpengetahuan tentang keajaiban medium ini?
Ikuti faedah-faedah memasarkan produk perniagaan di internet.
Perniagaan auto-pilot.
Anda tidak perlu bersengkang mata untuk berjaga 24 jam untuk menjaga kedai anda. 24 jam 7 hari seminggu 365 setahun. Tidak seperti kedai biasa yang hanya beroperasi jam 7 pagi – 8 malam.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pastikan anda ada laman web dan ianya berfungsi. Ya semudah itu! Tetapi harus diingat yang setiap entri perlulah menarik kerana ia berupaya untuk membawa pelanggan tersebut kepada pengenalan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Proses berkenaan perlulah mengambil kurang daripada 10 saat. Anda harus ingat bawa anda tidak tahu dari mana pengunjung-pengunjung laman web anda datang. Maka, menjadi tugas seorang usahawan untuk menarik perhatian mereka dalam masa yang amat terhad.
Sebarang soalan yang diajukan pelanggan akan masuk ke dalam emel dan anda boleh jawab apabila anda online. Anda juga boleh setkan sistem pembayaran automatik menggunakan kad kredit dan apa yang anda perlu buat adalah menerima bayaran dan memproses tempahan. Di Malaysia budaya pembayaran melalui online mungkin azgak baru. Sebagai usahawan, anda perlu meyakinkan pelanggan bahawa setiap transaksi online yang mereka lakukan adalah selamat untuk digunakan.
Komunikasi pantas.
Jika anda ada pelanggan di Kelantan dan anda pula berada di Johor, anda tidak perlu bergerak ke Kelantan untuk berjumpa dengan pelanggan anda, anda boleh berkomunikasi terus di Internet. Jika ada masalah, mereka boleh ajukan pada anda di Internet sahaja. Sediakan borang pertanyaan di laman web anda dan pastikan anda respon dalam jangka masa yang terdekat.
Prospek perniagaan yang luas.
Anda dapat menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dengan memasarkan produk anda di internet. Kos pemasaran di televisyen, radio dan di billboard adalah sangat tinggi, bukan semua uasahawan mampu untuk membayarnya, dantarget market belum tentu seperti diuar-uarkan. Di internet, yang sebaliknya berlaku. Dengan ratusan ringgit sahaja, anda dapat menyampaikan maklumat kepada prospek pelanggan yang tersangat ramai. Bayangkan jika anda mampu memperkenalkan perniagaan anda kepada jutaan orang di internet, paling teruk pun 1 peratus sahaja yang membeli dari anda, agak-agak untung dah berapa? Ya! Tersangat banyak!
Agen yang bekerja secara percuma
Anda tidak perlu ada agen pemasaran yang ramai di dalam syarikat anda untuk promosi produk secara onlinedengan adanya sistem affiliate. Affliate adalah agen dan anda tidak perlu bayar gaji pada mereka. Mereka akan menerima komisyen berdasarkan jualan yang mereka hasilkan. Jika tiada jualan, anda tidak perlu bayar gaji pada mereka.
Senang untuk mencari rakan niaga.
Seperti yang diberitahu, di internet, yang terbalik dari dunia nyata berlaku. Anada tidak perlu cari rakan niaga, meraka yang cari anda! Jika mereka rasa produk anda bernilai, bagus dan ada potensi, mereka sendiri akan hubungi anda untuk menjadi agen atau wakil pengedar. Maka, di laman web, anda boleh sediakan ruang rakan niaga untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Menarik bukan?
Anda tidak perlu buka mulut langsung.
Di internet, anda tidak perlu pening-pening memikirkan cara untuk meng’ayat’ para pelanggan anda. Sekadar mengisi laman web anda dengan informasi terkini mengenai produk, pasti ada yang sudah tersangkut. Dan jika mereka ada soalan, mereka boleh hubungi anda. Persembahan di laman web akan menjadi wakil jurucakap anda.
Banyak cawangan dengan kos yang sedikit dan proses yang mudah.
Antara senjata pemasaran ialah cawangan. Membuka cawangan kedai di internet tidak memerlukan kedai baru, peralatan baru, pekerja baru atau lesen baru. Domain dan hosting. Sahaja. Adanya dua perkara tersebut, anda boleh buka dan kawal perniagaan sebanyak mana cawangan yang anda mampu. Hebat?
Bagaimana? Sudah cukup meyakinkan untuk memanfaatkan internet ke paras maksimum? Seorang usahawan yang baik harus tahu untuk menggunakan segala peluang yang ada untuk memaksimumkan jualan dan internet adalah satu medium ajaib yang wajib diterokai. Tetapi pasti anda tertanya-tanya bagaimana tu?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh diaplikasikan yang telah membantu ramai usahawan:
Sebenarnya ianya bergantung pada bajet. Jika terlebih bajet, gunakan kaedah yang kedua, jika tidak berapa mampu, gunakan kaedah yang pertama. Apapun, pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.
1. Emel
Adalah wajib bagi anda untuk mempunyai laman web opt-in atau landing page yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan emel mereka di laman web tersebut. Kemudian, anda boleh mulakanpemasaran produk atau servis anda dengan menghantar emel kepada mereka. Menggunakan perisian bernama autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ribuan emel pada satu-satu masa! Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya masukkan beberapa mesej untuk dijadikan emel di dalam autoresponder anda supaya setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan emel mereka, mereka akan mendapat emel ini secara automatik dan berterusan dari anda. Mereka pasti beranggapan yang anda ambil berat dengan mereka sedangkan anda hanya perlu lakukan sekali sahaja, hebat?
2. Komen Blog
Adalah mudah untuk anda lakukan promosi sebegini memandangkan terdapat bermacam-macam jenis blog di pasaran. Selepas melakukan sedikit kajian, anda akan dapati bahawa sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan mereka inilah sasaran terbaik untuk produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.
Walaubagaimanapun, jangan sampai anda dilabel ‘blog spammer’ dengan terus beriklan melalui komen blog dengan kerapa dan secara terang-terangan. Sebaliknya, jadikan kebiasaan untuk meninggalkan komen di blog yang berkaitan dengan nicheanda SAHAJA. Jangan sesekali habiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog, setiap post dalam blog dan setiap komen. Memang alamat 24 jam lah anda duduk depan computer?. Cari sekurang-kurangnya 10 blog berkaitan niche anda dan tinggalkan 10 komen di setiap blog itu setiap hari. Melalui cara ini, anda dapat tingkatkan kredibiliti anda. Maklumlah, balik-balik anda yang komen!
4. Youtube
Masih ramai lagi yang kurang arif dengan kehebatan pemasaran melalui video. Antara kebaikannya ialah pertama, ia membolehkan anda mendapat keputusan segera. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. Kedua, video membolehkan anda menyampaikan cerita dengan lebih baik. Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan anda. Orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat, bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.
Ketiga, anda berpeluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap kali. Untuk mendapatkan posisi yang tinggi di Google, pemilik laman web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya. Menghasilkan artikel sememangnya memakan masa, tetapi menghasilkan video adalah mudah, murah dan pantas!
Keempat, anda akan dilihat sebagai usahawan yang berkemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baru. Jika para pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda. Kelima, ia membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.
Keenam, komuniti video online biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel online. Anda mampu mencapai jumlah tontonan 1000 ke atas dalam beberapa minggu sahaja! Dan yang terakhir, jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit seperti cara-cara promosi yang diterangkan di atas.
Antara cara pemasaran melalui video ialah:
1. Cipta video sendiri.
2. Daftar akaun Youtube dengan nama yang ada 
keyword kepada niche anda.
3. Masukkan tajuk video yang ada 
keyword sasaran anda.
4. Letakkan 
link ke landing page anda di description.
5. Masukkan 
keyword sasaran anda di dalam tags.
6. Masukkan artikel atau maklumat berkaitan 
niche anda ke dalam description.
Usahawan Com

1 ulasan:

  1. Find out how 1,000's of people like YOU are making a LIVING from home and are living their dreams right NOW.
    GET FREE ACCESS INSTANLY

    BalasPadam