Isnin, 21 April 2014

Cara Buka Akaun Paypal Dengan Kad Maybank


Sekarang makin mudah apabila hendak mendaftar dalam akaun paypal. Ini kerana sudah banyak bank  bekerjasama dengan paypal antaranya Maybank, RHB dan Public bank. 

Menggunakan kad debit lebih selamat dari kad kredit. Lebih mudah, paypal turut menggunakan matawan Ringgit Malaysia (MYR).

Sesiapa yang suka shopping online didalam atau luar negara atau pun penjual online (blogshop) mesti tahu apa itu paypal.


Apa itu PayPal? PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima wang. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Kelebihan menggunakan PayPal
  • Cepat – pembayaran dibuat serta-merta
  • Privasi – PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  • Global – PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  • Mudah – Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  • Dipercayai – Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  • Keberkesanan – Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

CARA DAFTAR PAYPAL

Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry)dan boleh check secara online. Kalau tak daftar online tu, rasanya susah sikit la nak buat. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.

1. Buka link http://www.paypal.com
 dan klik sign up.


2. Bila sudah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa         pilih negara dan klik ‘get started’ dekat bahagian ‘premier’. 


3. Lepas tu, isi la form yang keluar dengan maklumat yang betul. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Ahmad Ali Rustam, isi macam biasa.. Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Ahmad Ali, isikan ‘first name’ dengan Ahmad dan ‘last name’ dengan Ali. Biarkan middle name kosong.


4. Bila dah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ni, akan keluar gambar seperti di bawah. Step ni anda isi saja no.kad, lepas tu tunggu email untuk step seterusnya.


5. Pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.

6. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari jer dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.


7. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.

8. kena log in dulu maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.



9. Sila klik ‘debit card history’, macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. Selepas itu dimana hendak ambil 4 angka tu?? Ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tu dekat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.

10. Bagaimanapun, sentiasa check email anda. Sebab PayPal akan hantar email samada langkah-langkah  yang anda buat tu berjaya atau tidak…

13 ulasan:

  1. kalau guna bank lain buleh dak ..??

    BalasPadam
  2. Okay thanks Tuan Cyber... Saya seorang yang mencari2 cara nak daftar acc paypal ni :D

    BalasPadam
  3. Salam rakan2 di sini boleh x tlg saya how to do the last step. Still xblhla.. Ada mistake kot.pls.. 0109087155.wasap sy.mohon pertolongan kwn2

    BalasPadam
  4. Salam..boleh tak tolong saya buka akaun paypal.. Saya tak tau sgt.. 0122215854.. Tolong saya buka akaun, saya kasi gaji Rm50.. Saya ikhlas sape tolong saya..

    BalasPadam
  5. Salam...kenapa xboleh daftar...dia ckp tarikh lahir salah

    BalasPadam
  6. salam.boleh tolong saya untuk selesaikan last step...bila select credit card...saya hanya ada debit card visa maybank...sudh akfif kt m2u utk oversea.masih still tak boleh guna utk shopping,

    tq

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...terima kasih tuan sudi bagi tunjuk ajar.

    BalasPadam
  8. Tlg ajar sy mcm yg last step.. Still xbole

    BalasPadam
  9. Tlg ajar sy mcm yg last step.. Still xbole

    BalasPadam