Rabu, 16 April 2014

Panduan Emel Yang Memukau


Semua orang tahu, pemasaran melalui emel adalah antara teknik pemasaran yang berkesan dan mudah. Untuk membina senarai emel yang banyak, anda perlukan squeeze page dan produk percuma yang menarik. Ini adalah asas dalam membina senarai emel.

Namun, perjuangan anda dalam pemasaran emel tidak terhenti begitu sahaja. Anda perlukan tukarkan senarai emel yang anda miliki kepada wang. Bagaimana? Jadikan senarai emel anda sebagai hamba. Hamba apa? Sudah tentu hamba ilmu.

Anda perlu ada kemahiran untuk memperngaruhi pembaca emel anda untuk percaya dan mengharapkan sesuatu dari  anda. Untuk itu, anda perlukan kemahiran untuk menghantar emel memukau dan InsyaAllah produk ini boleh membantu anda.

Tiga  perkara yang anda boleh jadikan panduan.

Dalam mana-mana pemasaran emel, ada tiga perkara yang anda boleh jadikan panduan dalam membina hubungan dengan subscriber anda.  Tiga perkara tersebut adalah seperti berikut:

Perkara pertama: Ketelusan.

Ketelusan akan membina kepercayaan. Melalui kepercayaan, anda boleh sedut wang dari emel anda. Tunjukkan kepada subcriber anda siapa anda sebenarnya. Apakah laman facebook anda? Apakah laman blog anda? Beri peluang kepada subscriber anda untuk berkenalan dengan anda.
Perkara kedua : Kredibiliti.

Kredibiliti akan membina rasa hormat. Mempunyai kredibiliti yang baik akan  meningkatkan populariti anda dan seterusnya akan membina senarai emel yang sangat responsif. Manusia suka berkomunikasi dengan manusia yang berjaya.

Perkara ketiga : Kemahiran yang tinggi.

Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal seperti pengaturcaraan dan kemahiran menulis ayat akan memberi anda kelebihan dari pesaing-pesaing anda yang lain.

Ketiga-tiga perkara di atas akan memberi peluang kepada anda untuk menerima keuntungan tanpa had dan seterusnya membina empayar perniagaan yang luas.

Emel memukau memberi peluang kepada anda untuk berkomunikasi lebih baik dengan subscriber anda. Dalam pemasaran emel, tiada yang lebih penting dari susunan ayat yang tertatur dan menarik. InsyaAllah, emel memukau akan memberi satu suntikan kepada anda dalam proses pemasaran emel.

Hanya ada satu perkara sahaja yang anda perlu tekankan dalam strategi memukau iaitu ketahui apa yang boleh membuatkan pelanggan anda untuk bertindak.

Dalam strategi pemasaran emel, anda tidak  boleh berkata-kata secara berhadapan, maka anda tidak boleh untuk mengetahui dengan jelas apa yang pelanggan anda mahu.Untuk itu, anda perlu bersedia dari segi semua aspek ketika anda menulis emel untuk memastikan anda mampu memujuk seramai mungkin subcriber untuk membeli dari anda.

Apa yang membuatkan subcriber anda untuk bertindak?

Ia bukanlah soalan yang mudah untuk di jawab. Malah, ia adalah soalan yang paling sukar untuk di jawab oleh IM yang berpengalaman termasuklah seorang copywriter. Hanya ada satu cara sahaja untuk menguji perkara apa yang mampu membuatkan subcriber anda untuk bertindak, perkara tersebut adalah terus mencuba.

Terus mencuba adalah permulaan karier hebat seorang copywriter. Anda perlu terus mencuba untuk mengetahui apa yang boleh memperngaruhi subscriber anda untuk bertindak ? apa yang boleh membuatkan emosi mereka tidak stabil dan menganggap diri mereka terdesak untuk membeli sesuatu dari anda ? Apa yang boleh membuatkan subscriber anda untuk membeli atas rasa hormat pada anda? dan bermacam-macam persoalan yang lain.

Untuk memperngaruhi subscriber anda melakukan tindakan, anda perlu pandai bermain psikologi. Anda perlu kenal pasti dengan tepat, apa yang pelanggan anda mahu dan apa kelebihan yang ada pada produk yang anda jual.

Satukan kehendak pelanggan anda dan kelebihan yang ada pada produk anda. Kemudian anda bentuk emel memukau yang dapat menghuraikan kesimpulan di atas untuk memikat pembaca emel anda. Kehendak, peluang dan keperluan adalah antara sifat keinginan yang perlu anda permainkan dalam menulis emel memukau.

Rangka emel adalah terdiri dari tajuk, bahagian pengenalan, isi dan penutup. Tajuk emel perlulah menarik supaya subscriber anda membuka dan mambaca emel yang anda tulis.  Pemasaran emel tidak wujud jika emel yang anda hantar tidak di buka oleh subscriber anda. Tidak berguna jika anda memiliki beribu-ribu senarai emel, jika yang membukanya hanya terdiri dari beberapa orang sahaja.

Selepas subscriber anda membuka emel yang anda hantar, anda perlu pastikan pembaca emel anda itu untuk terus membaca. Maka, ayat pengenalan yang menarik perlulah di ambil kira. Kemudian, anda perlu bermain emosi dengan subscriber anda supaya mereka terus membaca sehingga habis.

Pemasaran emel memang nampak mudah, tetapi ia sebenarnya sukar. Tambahan lagi, pengguna internet kian sedar akan teknik promosi yang di lakukan oleh Internet Marketer dan mereka mungkin tidak akan terpengaruh dengan promosi yang anda lakukan. Untuk itu, anda perlu menjadi lain dari yang lain. Anda perlu pukau pembaca emel anda.

Strategi lengkap

1.  Tarik subscriber anda untuk membuka emel yang anda hantar melalui pemilihan tajuk yang menarik.
2.   Tulis ayat permulaan yang memikat.
3.    Nyatakan isi emel dengan jelas dan telus tanpa ada apa-apa perkara tersembunyi.
4.   Tutup emel dengan penuh emosi.
5.   Gunakan p/s untuk kesan maksimum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan