Khamis, 17 April 2014

Panduan menulis laporan percuma


Laporan percuma boleh terdiri dari ebook, video, audio dan sebagainya. Laporan percuma adalah maklumat yang anda beri dan edar secara percuma untuk di gunakan oleh pengguna Internet. Bagi usahawan internet, laporan percuma di edarkan untuk:

·        Melebarkan pengaruh
·        Meningkatkan kredibiliti.
·        Meningkatkan jualan melalui iklan
·        Meningkatkan trafik ke laman web.
·        Membina senarai emel atau list building.

Ada berbagai cara untuk mengedarkan laporan percuma ini. Antaranya melalui

·        Blog
·        Article marketing
·        Video marketing
·        Iklan PPC
·        Iklan PPV
·        Teknik media sosial
·        Forum-forum dan
·        Sebagainya.
Ada dua cara untuk anda beri ebook percuma iaitu

·   Download terus dari server sama ada server anda sendiri atau server dari provider percuma atau berbayar seperti mediafire dan rapidshare.

·     Menyediakan landing page di mana mereka yang inginkan ebook percuma dari anda perlu mengisi nama dan emel sebelum mereka boleh menerima laporan percuma tersebut.
Potensi laporan percuma

Laporan percuma adalah pemasaran viral. Ini bermakna, potensi untuk di baca adalah tidak terhad, infiniti atau unlimited. Anda boleh letakkan apa sahaja iklan di dalam laporan tersebut dan trafik yang bakal anda peroleh adalah tidak terhad. Namun, ia bergantung kepada beberapa spefikasi. Antaranya

·        Topik yang di cari ramai orang.
·        Kualiti laporan yang sangat baik.
·        Maklumat tepat seperti apa yang pembaca ingin tahu.
·        Pembaca tertarik dengan maklumat percuma tersebut dan sebarkan kepada rakan-rakannya untuk di kongsi bersama-sama.
Kualiti Laporan percuma

Di dalam ebook ini saya hanya tumpukan bagaimana hendak menghasilkan laporan percuma yang berkualiti dalam bentuk ebook sahaja. Laporan percuma yang berkualiti haruslah menepati ciri-ciri berikut.
·        Topik yang menarik -  Topik yang menarik bermaksud topik yang mempunyai bilangan pembaca yang ramai. Pastikan tajuk laporan anda mampu menarik orang untuk membacanya. Contohnya bagi niche jutawan, anda boleh tulis laporan percuma seperti 4 langkah menjadi jutawan, 3 kisah jutawan atau lima sikap jutawan. Tajuk yang menarik akan menarik orang untuk membacanya.
·        Isi yang berkualiti – Isi yang berkualiti bermakna kredibiliti. Jika anda memberi yang terbaik dalam laporan percuma, pembaca akan lebih menghormati anda. Perasaan hormat akan melebarkan pengaruh anda sebagai penulis.
·        Straight to the point – isi yang anda sampaikan melalui laporan percuma haruslah ringkas dan senang di fahami. Anda tidak perlu menulis isi terlalu panjang. Cukup sahaja mesej anda sampai.

Langkah demi langkah menulis laporan percuma.

Pemilihan tajuk.
Untuk menjadikan laporan anda menarik, anda boleh tulis berdasarkan sesuatu yang mahu di baca iaitu

-         Faedah mengenai sesuatu seperti faedah madu untuk kesihatan badan.
-         Kelebihan sesuatu teknik seperti kesan pemasaran artikel.
-         Panduan ringkas untuk sesuatu yang rumit seperti panduan ringkas google adwords.

Laporan percuma bermakna ia percuma, ringkas, padat dan senang untuk di fahami.

Menulis Isi

Untuk menulis isi bagi laporan mudah sahaja. Ada dua cara untuk menulis iaitu secara rumusan atau nombor. Rumusan bermakna anda fokus pada satu tajuk dan tulis mengenainya. Contohnya anda fokus pada pemasaran twitter dan anda tulis mengenai teknik ringkas bagaimana hendak memasarkan produk melalui twitter.
Menulis secara nombor adalah menulis dalam bentuk senarai. Contohnya tujuh sebab kenapa anda perlu jual ebook, 8 teknik pemasaran di Facebook, 10 cara untuk kurus dan 5 teknik diet secara sihat.

Rumusan langkah.

1.     Pilih tajuk
2.     Pilih cara untuk tulis isi sama ada dalam bentuk rumusan atau senarai nombor.
3.     Cari maklumat di internet atau tulis berdasarkan pengalaman.
4.     Laporan anda siap.
Penutup

Sebenarnya tidak susah untuk menulis laporan percuma. Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih tajuk yang orang mahu baca, cari isi di internet dan olah mengikut kefahaman anda. Selepas siap menulis, anda edarkan atau jika anda ingin mengumpul list, anda boleh siapkan landing page. Mereka perlu daftar nama dan emel sebelum memperoleh ebook percuma dari anda.


-          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan