Ahad, 20 April 2014

Tutorial Format PC LAPTOP NETBOOK -WINDOWS 7


Disini hendak share cara hendak format PC atau Laptop dan Install WINDOWS 7. 


Senang sahaja apabila sudah selalu buat. Kalau sudah pandai, boleh buat income sampingan. kebiasaan bila PC hantar di kedai harga format PC/Laptop RM40 atau lebih bergantung kepada software yang kita mahu mereka install sekali.

Apa yang perlu ada untuk format PC/Laptop?
  • PC/Laptop yang hendak di format.
  • Windows 7 (DVD)
  • CD DVD driver PC/LAPTOP sekiranya ada. 
  • Kalau tidak ada, kita boleh guna cara lain. *driver ialah untuk bunyi, grafik, network, wifi, bluetooth, webcam dan etc.
  • SOftware basic : MS-Office , Antivirus, Pdf Acrobat Reader, Browser Mozilla @ Chrome dan Antivirus.
  • CD/DVD-ROM EXTERNAL USB *sekiranya format NETBOOK yang tidak ada CD-ROM.
Pastikan!!!
  • Pc/Laptop boleh ON
  • CDROM berfungsi
  • CD/DVD Windows berfungsi *tidak rosak
Bila semua sudah ada, kita boleh mulakan sekarang:


TUTORIAL CARA FORMAT PC/LAPTOP KE WINDOWS 7


Bagaimana Nak Format Laptop? (Edisi Windows 7)


Windows 7 adalah satu pilihan yang bijak sekiranya anda ingin memasukkan OS ini ke dalam laptop anda.
Prestasinya sangat bagus jika hendak dibandingkan dengan Windows Vista dan Windows XP.
Windows 7 merupakan kesinambungan daripada Windows XP yang mana telah dilancarkan pada tahun 2007. Secara faktanya, Windows 7 adalah OS Windows yang paling senang untuk diinstall ketika anda mahu mengformat laptop sendiri.

(Dinasihatkan untuk membeli Windows 7 Ultimate...sebab Ultimate adalah kelas paling tinggi dalam Windows 7)

Dengan hanya bermodalkan RM15 sahaja untuk membeli CD Windows 7, anda akan untung buat satu tempoh yang lama... kerana jika anda menghantarnya ke kedai,selalunya pihak kedai akan mengenakan caj sehingga RM50. Jadi, mana satu yang untung?

Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk format laptop. Ada juga yang takut untuk format laptop sebab risau kalau nanti akan merosakkan lagi laptop. Jangan bimbang. Di sini aku ajar dari mula hingga akhir. Ini la masanya untuk anda belajar sendiri format laptop. Sedikit pesanan untuk anda: Berbeza dengan Windows sebelumnya, Windows 7 tidak memerlukan anda menginstall driver selepas mengformat laptop. Walaubagaimanapun, ada beberapa kes yang memerlukan anda install sendiridriver (cari dan muatturun dari Internet).

1. Masukkan CD dan reboot laptop. Ketika keluar "Press any key to boot from CD or DVD...", tekan mana-mana key di keyboard.



2. Windows sedang loading.... Tunggu sebentar.


3. Kemudian akan keluar perkara dibawah.


4. Pilih Language dan Time Format. seepas tu, tekan NEXT.


5. Klik INSTALL NOW.


6. Tunggu. Setup tengah starting.


7. Klik pada kotak sebelah "I accept the license terms". Klik NEXT.


8. Klik pada CUSTOM (ADVANCED). (Ini untuk format laptop)


9. Klik pada Partition yang nak format.


10. Klik pada DRIVE OPTIONS (ADVANCE)


11. Klik FORMAT.


12. Sekarang, Windows sedang menginstall sendiri segala jenis system ke dalam laptop anda. Hanya tunggu. Proses ini mungkin memakan masa sehingga 30 minit. 


13. Beginilah rupanya apabila proses selama 30 minit tadi siap.


14. Secara automatik, windows akan restart dengan sendiri.


15. Apabila laptop sudah reboot, akan keluar perkara  ini. JANGAN TEKAN APA-APA! Biarkan dan tunggu.


16. Windows akan start dengan sendiri.


17. Setup sedang menyiapkan kerja-kerja terakhir.


18. Ketika ini, Windows sudah menyalin segala macam fail ke dalam laptop.


19. Setup sedang prepare itself.


20. Masukkan nama anda, atau apa-apa nama yang anda suka. Klik NEXT.


21. Sekiranya anda ingin terus membuat akaun sendiri, sila masukkan nama dan kata laluan. Klik NEXT.


22. Abaikan. Klik NEXT.


23. Klik pada USE RECOMMENDED SETTINGS.


24. Pilih Zon Masa. Klik NEXT.


25. Windows sedang melakukan proses terakhir. Tunggu.


25. Sekarang, Windows sedang start dan tahniah untuk anda. Laptop anda berjaya diformat!



Proses seterusnya ialah install driver untuk network, sound, video, bluetooth dan sebagainya

Install software MS-Office, antivirus, browser dan sebagainya...

p/s: selamat mencuba.

19 ulasan:

  1. tkasih tuan...win 8 ada cara format tak

    BalasPadam
  2. Tempat. CD sy rosak.. ade care lain x?

    BalasPadam
  3. nk create partition mcm mna ye tuan

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Format clean balik partition tp masih mengekalkan jenis partition.Contoh NTFS.Bila format tetap NTFS. Kalau DELETE.Bila delete boleh pilih nak format apa dan nk kekalkan partition tu ataupun tidak

      Padam
  5. Di mana boleh saya beli cd windows dan cd software?

    BalasPadam
  6. Di mana boleh saya beli cd windows dan cd software?

    BalasPadam
  7. kalo windows 8 nak format ke windows 7 mcm ni jugak ka caranya?

    BalasPadam
  8. x dk tempat cd ..ade cara lain x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada.guna usb drive.a.k.a pendrive..pm 0134359731

      Padam
  9. macam mane nak format ebook TOP IT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  10. I have used AVG Antivirus for a few years now, and I would recommend this product to everyone.

    BalasPadam
  11. Rm15 cd Windows 7 . Camne tu tak paham
    Bukan ke dvd Windows tu mahal sampai ratusan ringgit

    BalasPadam
  12. Thank you! You saved my laptop from keep being a dead machine. Saya sudah guna cara dri tutorial kmu ni. Thanks a million from Tamparuli, Sabah! 😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄

    BalasPadam