Jumaat, 2 Mei 2014

Cara Buat File PDF Dari Microsoft Office Word

Guna Word Untuk Buat File PDF – Ramai yang tercari cari akan cara untuk membuat file PDF ini. Apa dia PDF ini? Anda pernah membaca eBook? Kalau pernah, itulah dia file PDF. Jadi pertanyaan bagaimana hendak buat PDF adalah sama dengan bagaimana cara untuk membuat ebook. Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk membuatnya. Apa yang terfikir diminda adalah ianya suatu yang sangat susah dan komplikated. Malah untuk membuat ebook ini memerlukan software PDF khusus. Mungkin suatu ketika dulu ianya benar tetapi tidak untuk zaman kini. Kini untuk Buat File PDF sudah sangat mudah dengan hanya menggunakan Microsoft Office Word sahaja.
Jadi benarlah yang ebook boleh dibuat dengan menggunakan Microsoft word? YA BENAR. Semalam saya sendiri dah mencubanya dengan Microsoft Word 2007. Saya tidak pasti dengan Office Word yang versi lama. Bayangkan anda membuat isi kandungan untuk eBook dan kemudian akhir sekali dengan “Save AS PDF” terus sahaja menyimpan fail Word kepada PDF tanpa apa apa masalah. Mudah bukan.
Cara Guna Word Untuk Buat File PDF
Cara Guna Word Untuk Buat File PDF

Buat File PDF Secara Terus Melalui Microsoft Word

Secara bahasa mudah, apa yang saya ingin sampaikan adalah, anda hanya menggunakan Microsoft Word untuk membuat eBook PDF iaitu tukar file dari Word kepada PDF. Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu membuka Microsoft Office 2007 (anda semak sendiri samada Word versi bawah 2007 boleh atau tidak). Selepas itu buatlah isi kandungan yang anda mahukan dari perkataan dan grafik design. Selepas siap hanya perlu Save As kan kepada format PDF. Mudah sahaja bukan. Saya sendiri pun sudah mencuba mem-Buat File PDF dari Word dan memang berjaya. Mungkin ada rakan yang sudah tahu tetapi saya baru sahaja mengetahuinya malam tadi. Itupun secara tidak sengaja menggunakan Office Word untuk buat kerja.
Watch Video About How To Create A PDF Using Word 2007
Disebabkan saya sendiri terlibat di dalam pemasaran eBook affiiate, saya ada keinginan yang suatu masa nanti (mungkin didalam tempoh setahun ini), untuk menghasilkan eBook milik diri sendiri. Nak juga merasa ada produk digital sendiri. Bila dah tahu cara Buat File PDF dari Word ini, semakin mudahlah angan angan untuk membuat eBook ini nanti. Rasanya seperti saya perlu bergerak dari sekarang. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Nak Buat File PDF eBook ini memakan masa. Ayat jualan pula perlu dikarang supaya mantap. Harap anda faham informasi mudah ini tentang cara tukar word kepada PDF ini. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan