Khamis, 15 Mei 2014

Kaedah mendapatkan latitude & longitude dari Google maps

Dalam zaman canggih dengan teknologi GPS hari ini, sepatutnya pemandu-pemandu tak perlu lagi sesat untuk mencari lokasi kenduri kahwin, tempat program, pejabat rakan niaga, rumah kawan, adik-beradik dan sebagainya. Ramai yang tahu kewujudan Goggle maps, tetapi setakat tahu guna nak tengok bumbung rumah sendiri sahaja, nak check bumbung bocor atau pun tidak.
Kalau tahu sekali pun, takat boleh copy-and paste portion of the Google maps ke email untuk ditunjukkan kepada para pelawat masing-masing.
Sebenarnya, Google maps membenarkan kita mendapat kan koordinat (titik) latitude dan longitude daripada petanya dan kita boleh memberikan koordinat tersebut kepada pelawat kita. Dengan adanya koordinat ini, maka mereka boleh memasukkan koordinat itu ke dalam GPS navigator mereka (Garmin, Papago, Tom-Tom) dan seterusnya sampai ke destinasi tersebut tanpa sesat dan menggangu tuan rumah dengan bertelefon bertanyakan penggunaan jalan.
Saya akan tunjukkan kaedah mendapatkan koordinat dari Google maps; pertama dengan menggunakan Google maps di web pelayar komputer. Keduanya dengan Google maps di iphone. Kalau yang tak ada iphone tu, beli lah satu. Guna Google maps di Android phones pun boleh juga.
Sebenarnya cara yang paling senang ialah dengan menggunakan Google Earth. Cuma leceh sebab kena download dan install dulu di PC. Kadang-kadang komputer di office tak boleh install software selain di rumah tak ada internet atau internet slow sangat. Ye lah, sapa suruh guna internet broadband Maxis dan Digi :-) 

Google maps di PC

1. Pergi ke Google maps di maps.google.com.my 2. Imbas sama ada secara manual atau taip nama tempat yang ingin kita dapatkan koordinatnya. Contohnya, rumah kita, tempat program, etc. 3. Di hujung atas sebelah kanan, klik "New!" 4. Sebuah pop-up windows akan appear untuk beberapa tools yang Google sedang experimen. 5. Tools yang kita perlukan ialah " LatLng Tool Tip "dan juga" LatLng Marker. "Tool" LatLng Tool Tip "menyebabkan menyelaras mana-mana kawasan peta yang kita gerakkan tetikus akan menunjukan latitude dan longitude titik tersebut. Manakala tool " LatLng Marker "membolehkan kita mark koordinat tempat yang kita kehendaki dengan right-click dan memilih untuk mark koordinat titik di mana penunjuk tetikus itu berada.
6. Sekarang, anda akan dapat melihat koordinat tempat yang telah dipilih tadi dalam format ddd.ddddd * . Tolong ingat selain format ddd.dddd * koordinat boleh di tulis dalam bentuk ddd * mm 'ss.s' atau ddd * mm.mmm ' Pastikan anda menukar format koordinat alat nvigasi GPS anda kepada ddd.dddd * sebelum memasukkan koordinat tersebut. Jika tidak, anda akan sesat lagi.          
Sila rujuk gambar di bawah untuk memudahkan pemahaman anda.
Tentukan titik dalam kawasan peta yang ingin diketahui koordinatnya.
Klik New! di sebelah kanan atas skrin Google maps
Enablekan set "LatLng Tool Tip" dan "LatLng Marker"
Right click untuk mendapatkan Latitude dan Longitude marker
Sekarang anda boleh melihat koordinat tersebut dalam format dd.ddd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan