Selasa, 6 Mei 2014

Panduan Mengaktifkan kad ATM CIMB bagi perbankan online


Bila 'search' dalam internet ttg jumlah perbelanjaan dan proses pertukaran wang di luar negara terutamanya di Eropah, ramai yang mencadangkan penggunaan mesin ATM kerana kos operasi yang rendah berbanding kedai money exchanger di sana. Di samping itu, atm juga senang didapati berbanding kedai money exchanger.

Dengan demikian  membuat keputusan untuk mengaktifkan kad ATM untuk kegunaan dan pengeluaran luar negara (back up plan in case tak cukup duit sepanjang berada di sana). Search di internet ttg prosesnya dan terjumpa tutorial video utk mengaktifkan kad .. alhamdulillah .. senang jer rupanya .. tak perlu nak pergi ke bank atau telefon bank utk hidupkan kad ^ _ ^.

Okay .. jom kita tengok apa prosesnya .. 

1. Log in ke cimbclicks. Di ruang paling hujung skali bahagian atas .. cari settings dan klik. Akan keluar seperti gambar di bawah
Tekan atm / debit card services -> link account

Pilih overseas atm usage

2. Seperti yg dpt dilihat di bawah, ada 2 akaun - credit card dan cimb bank atm card / debit card. Kad kredit sy tu dah x aktif lagi dah .. nampaknya kad kredit mmg sedia ada diaktifkan utk penggunaan luar negara .. kad ATM pula status nya deactivated.

Tekan link akaun cimb bank atm card / debit card

3. Apabila dah tekan link akaun, akan keluar setting untuk menukar status kegunaan di luar negara seperti gambar di bawah .. ada 3 status yang boleh dipilih - 'permanent' (kekal), 'temporary' (sementara utk tarikh2x atau tempoh masa kita berada d luar negara) dan 'deactivated'.

Sila isi tarikh mula dan akhir jika menggunakan khidmat 'temporary'
4. Setelah selesai dengan pilihan, untuk keselamatan akaun, seperti biasa kita perlu mohon kod TAC @ Transaction Authorization Code. Sy pilih kod menerusi sms.

Tekan request via ---- sms


Tekan confirm



5. Selesai urusan, akan terpampang status seperti gambar di bawah. Sekarang, dah boleh guna kad atm untuk pengeluaran di luar negara ^ _ ^.

Selesai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan